Utusan Borneo (Sabah)

Kemuka tuntutan palsu, 8 penolong pegawai perubatan mengaku tidak bersalah

-

KOTA KINABALU: Lapan penolong pegawai perubatan didakwa di Mahkamah Rasuah di sini, atas pertuduhan mengemukak­an dokumen tuntutan Penyata Elaun Lebih Masa mengandung­i butiran palsu berjumlah RM126,757.24.

Mohd Rosidih Mohd Saidi, 30, Zulkifli Arun, 28, Terence Linchos, 38, Juraineh Musalim, 26, Jaduin Untop, 30, Noor Salim Mohd Zain, 27, Mohd Akmal Hafiz Mohamad Ariff, 26, dan Naza Fadirul@Mich Abd Satar, 33, mengaku tidak bersalah di hadapan Hakim Abu Bakar Manat.

Mereka yang bertugas di bahagian Klinik Oftalmolog­i Hospital Queen Elizabeth 1, didakwa mengikut Seksyen 18 Akta Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah (SPRM) 2009 yang boleh dihukum mengikut Seksyen 24 (2) akta sama.

Hukuman yang diperuntuk­kan, penjara sehingga tempoh 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda nilai suapan, atau minimum RM10,000.

Mengikut pertuduhan, Mohd Rosidih, Terence, Jaduin dan Zulkifli masing-masing mengemukak­an lima dokumen tuntutan bagi bulan Januari hingga Mei tahun lalu setiap berjumlah RM16,696.10, RM18,829.44, RM19,992.63, dan RM14,065.91.

Noor Salim, Mohd Akmal dan Naza Fadirul juga masing-masing dituduh mengemukak­an lima dokumen tuntutan bagi lima bulan berkenaan bernilai RM13,466.89, RM12,842.26, dan RM22,216.61. Manakala Juraineh menyerahka­n tiga dokumen tuntutan bagi bulan Januari hingga Mei tahun lalu semuanya berjumlah RM8,647.40.

Semua tuntutan berkenaan mengandung­i butiran palsu bahawa mereka menjalanka­n tugas diluar waktu kerja biasa, yang mana sebenarnya tidak dilaksanak­an.

Kesalahani­tudilakuka­n antara Februari hingga Jun tahun lalu di Pejabat Jabatan Akauntan Negara Malaysia Negeri Sabah, Wisma Perindustr­ian, di sini.

Dalam pada itu, Noor Salim juga mengaku tidak bersalah atas lima pertuduhan alternatif mengikut Sekyen 471 Kanun Keseksaan, kerana menggunaka­n lima dokumen palsu sebagai tulen iaitu Penyata Elaun Lebih Masa bagi tempoh lima bulan berkenaan.

Mohd Akmal juga mengaku tidak bersalah atas lima pertuduhan bersubahat dengan Noor Salim bagi membantu menyediaka­n dokumen tuntutan bagi bulan Februari hingga Mei tahun lalu.

Tertuduh yang didakwa mengikut Seksyen 28 (1) (c) Akta SPRM 2009 yang boleh dihukum mengikut Seksyen 24 (2) akta sama, melakukan kesalahan itu pada 1 Mac hingga 1 Jun, di tempat yang sama.

Naza Fadirul juga berhadapan dengan 15 pertuduhan bersubahat dengan Jaduin, Mohd Rosidih, Zulfifli, Noor Salim, Mohd Akmal dan Juraineh untuk menyediaka­n tuntutan masing-masing sebanyak RM4,448.16, RM2,955.15, RM14,065.91, RM13,466.89, RM2,625.94 dan RM6,123.60.

Noor Salim turut didakwa menggunaka­n lima dokumen palsu sebagai tulen iaitu Penyata Elaun Lebih Masa untuk tuntutan pada bulan Januari hingga Mei tahun lalu berjumlah RM13,466.89.

Timbalan Pendakwara­ya Rozanna Abd Hani menyatakan kesalahan yang dilakukan semua tertuduh tidak boleh diberikan ikat jamin, namun pihaknya bergantung dengan budi bicara mahkamah.

“Sekiranya jaminan diberikan, saya mohon pasport antarabang­sa milik setiap tertuduh diserahkan kepada mahkamah dan melaporkan diri di pejabat SPRM sekali dalam sebulan,” katanya.

Tambahnya, jumlah yang terlibat dalam tuntutan berkenaan adalah nilai kerugian yang dialami kerajaan.

Peguam Dominic Chew yang mewakili semua tertuduh memohon jumlah jaminan yang rendah diberikan dengan mengambil kira tempoh perkhidmat­an mereka antara lima tahun hingga 15 tahun.

Beliau menyatakan, semua anak guamnya tidak pernah dikenakan tindakan tatatertib dan Naza Fadirul pernah menerima anugerah perkhidmat­an cemerlang.

Mahkamah membenarka­n Mohd Rosidih, Zulkifli, Terence, Jaduin, Noor Salim dan Mohd Akmal diberikan ikat jamin sebanyak RM20,000 deposit RM10,000 yang dicagarkan seorang penjamin tempatan.

Juraineh diberikan jaminan sebanyak RM20,000 deposit RM8,000, manakala Naza Fadirul ikat jamin sebanyak RM30,000 deposit RM15,000 masingmasi­ng dicagarkan seorang penjamin tempatan.

Abu Bakar menetapkan pada 10 Oktober untuk sebutan semula kes terhadap semua tertuduh.

Dominic dibantu peguam Hairul V. Othman dan Rozanna dibantu Timbalan Pendakwara­ya Rustam Sanip.

Prosiding berkenaan bermula jam 10.57 pagi dan berakhir kira-kira jam 2 petang, pada Khamis.

 ??  ?? SEMUA tertuduh menutup wajah masing-masing semasa duduk di hadapan kaunter pembayaran selepas prosiding.
SEMUA tertuduh menutup wajah masing-masing semasa duduk di hadapan kaunter pembayaran selepas prosiding.
 ??  ?? Oleh CLARICE USOP
Oleh CLARICE USOP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia