Utusan Borneo (Sabah)

Sindiket pemerdagan­gan orang tumpas, enam diselamatk­an

Tiga `bapa ayam’ dan ‘ibu ayam’ diberkas, enam diselamatk­an

- Oleh VIVI OLVIANA NAJURUS

KOTA KINABALU: Tiga sindiket pemerdagan­gan orang termasuk dua wanita tumpas dalam satu serbuan yang dijalankan sepasukan polis di sebuah rumah sewa Kampung Peringatan Jalan Petagas, Putatan.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu Asisten Komisioner M Chandra berkata tiga suspek berumur 25 hingga 47 tahun terbabit dipercayai berperanan sebagai ‘bapa ayam’ serta ‘ibu ayam’ yang bertanggun­gjawab mencari pelanggan untuk mangsa bagi tujuan pelacuran.

“Semasa diserbu pada jam 9.30 pagi, ketiga-tiga suspek berada di dalam rumah sewa bersama enam lagi mangsa yang dikurung di dalam dua bilik tidur.

“Kesemua mangsa warganegar­a Filipina yang berasal dari Zamboanga berumur 20 hingga 24 tahun itu diselamatk­an sebelum dibawa ke Pusat Perlindung­an untuk tindakan selanjutny­a.

“Suspek lelaki warga tempatan serta dua lagi suspek wanita yang memiliki pasport dan tiada dokumen pengenalan diri ditahan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Kinabalu,” katanya.

Pihaknya turut merampas 10 telefon bimbit pelbagai jenama, sejumlah mata wang Amerika Syarikat, Brunei dan Singapura serta kereta Perodua Alza.

Chandra berkata, siasatan lanjutmend­apatimangs­asudah masuk ke Sabah kira-kira 15 hari hingga empat bulan lalu secara berperingk­at.

“Mangsa pada mulanya dijanjikan bekerja sebagai pelayan di kelab malam serta restoran. Bagaimanap­un, sebaik tiba di Sandakan, kesemua mangsa dibawa ke sini sebelum ditempatka­n di rumah sewa suspek.

“Suspek kemudianny­a mengerah serta mengekspli­otasi mangsa untuk menjadi pelayan khidmat seks dan dihantar sebagai pelacur di pusat hiburan serta hotel mengikut permintaan pelanggan yang diuruskan suspek,” katanya.

Tambahnya, mangsa turut mengakui tiada menerima gaji atau apa-apa bentuk bayaran sepanjang bekerja dengan suspek berikutan segala kos pengangkut­an bot dari Filipina sehingga ke sini yang diuruskan oleh ejen Filipina dan tempatan akan dibayar kembali melalui perkhidmat­an mangsa terbabit.

Menurutnya, mangsa juga tidak dibenarkan bergerak sendiri serta keluar dari rumah sewa berkenaan dan segala pergerakan untuk berjumpa pelanggan akan dilakukan oleh suspek.

“Kita masih menyiasat secara terperinci kes ini bagi mengesan mana-mana suspek terbabit untuk mencegah lebih banyak kes pemerdagan­gan orang di negeri ini.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 12 dan 13 (e) Akta Anti Pemerdagan­gan Orang dan Anti Penyeludup­an Migran (Atipsom) 2007,” katanya.

 ??  ?? ENAM mangsa yang diselamatk­an semasa serbuan di rumah sewa suspek.
ENAM mangsa yang diselamatk­an semasa serbuan di rumah sewa suspek.
 ??  ?? TIGA suspek yang direman enam hari sehingga 28 Ogos.
TIGA suspek yang direman enam hari sehingga 28 Ogos.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia