Utusan Borneo (Sabah)

Cuba rogol dan cabul anak: Ayah kena 16 tahun dan 10 sebat

-

KOTA KINABALU: Seorang ayah dikenakan penjara 16 tahun dan sepuluh sebat, oleh Mahkamah Sesyen di sini pada Khamis, atas kesalahan cuba merogol dan mencabul anak kandungnya.

Tertuduh yang berusia 48 tahun dijatuhkan hukuman itu oleh Hakim Marlina Ibrahim selepas didapati bersalah untuk dua pertuduhan berkenaan.

Keputusan itu dilakukan oleh mahkamah setelah pihak pendakwaan berjaya membuktika­n kes melampaui keraguan diluar munasabah.

Tertuduh disabitkan mengikut Seksyen 376 (3) Kanun Keseksaan yang dibaca bersama Seksyen 511 kanun sama, kerana cuba merogol mangsa yang berusia sembilan tahun pada waktu kejadian.

Kesalahan itu dilakukan pada 1 Julai 2015 jam 11 malam di sebuah rumah kampung di daerah Kota Belud.

Hukuman yang diperuntuk­kan, penjara selama tempoh 15 tahun dan dengan sebat.

Pada 7 November 2015 jam 6 pagi di tempat sama, tertuduh mencabul dengan cara mencium mulut dan leher mangsa, yang mana didakwa mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan.

Hukuman yang diperuntuk­kan, penjara selama tempoh sepuluh tahunataud­endadanseb­at, atau dua daripadany­a.

Bagi pertuduhan pertama dan kedua, tertuduh dikenakan masing-masing penjara lapantahun­danlimaseb­at, berjalan serentak bermula dari tarikh tangkap pada 10 November 2015.

Sepanjang perbicaraa­n, pihak pendakwaan memanggil lapan saksi untuk memberikan keterangan manakala pihak pembelaan seorang saksi, iaitu tertuduh sendiri.

Peguam Datuk Maijol Mahap mewakili tertuduh dan Timbalan Pendakwara­ya Akmal Zatul Mohamed Nawi bertindak untuk pendakwaan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia