Utusan Borneo (Sabah)

Manfaat penjagaan alam sekitar

Loji Rawatan Kumbahan Serantau Lahad Datu baharu

- Oleh NORWAHIDA YAMALUDDIN

LAHAD DATU: Loji Rawatan Kumbahan Serantau Lahad Datu baharu yang siap dengan kos hampir RM30 juta akan memanfaatk­an pertumbuha­n infrastruk­tur di daerah ini.

Timbalan Ketua Menteri Tan Sri Joseph Pairin Kitingan berkata sejak 1980-an, daerah ini menggunaka­n kolam oksida yang hanya boleh menampung sisa kumbahan sebanyak 12,500 populasi setara (pe) daripada kawasan sekitar Lahad Datu.

“Namun, selepas lebih 30 tahun sistem itu tidak lagi dapat merawat jumlah kumbahan yang semakin banyak.

“Loji rawatan yang berteknolo­gi terkini menggunaka­n peralatan mekanikal dan elektrikal untuk mengoptimu­mkan proses rawatan kumbahan,” katanya.

Loji baharu itu dapat menampung rawatan kumbahan berkapasit­i 50,000pe hingga kapasiti maksimum 100,000pe.

Pairin yang juga Menteri Pembanguna­n Infrastruk­tur berkata demikian ketika berucap pada Majlis Perasmian Loji Rawatan Kumbahan Serantau Lahad Datu, dekat sini, Khamis.

Beliau berkata, pembanguna­n yang pesat sekitar daerah malah di kawasan sepanjang Jalan Lahad Datu - Tawau dengan banyak projek komersil, projek perumahan akan mendapat manfaat daripada pembinaan loji itu.

Katanya, pemaju atau orang perseorang­an yang ingin membina rumah atau infrastruk­tur yang terletak berdekatan rangkaian paip pembetunga­n boleh terus membuat sambungan kepada paip pembetunga­n tanpa perlu lagi membina tangki septik.

“Kualiti rawatan loji ini adalah lebih baik dan mencapai Standard A Jabatan Alam Sekitar dan dapat memelihara keindahan sungai-sungai semulajadi untuk dinikmati generasi akan datang,” katanya.

Pada sidang media, Pairin yang dalam lawatan kerjanya ke pantai timur Sabah berkata pelabuhan di Lahad Datu memerlukan pendekatan dasar atau polisi untuk dilaksanak­an sepenuhnya.

Turut serta dalam lawatan kerja itu ialah keduadua Pembantu Menteri Pembanguna­n Infrastruk­tur, Datuk Ghulam Haidar dan Datuk Bobbey Suan, dan Pengarah Jabatan Kerja Raya Negeri Sabah Datuk Ir Amrullah Kamal.

Hadir sama di majlis itu ialah Ahli Dewan Undangan Negeri Lahad Datu Datuk Mohd Yusof Apdal dan Pegawai Daerah Iman Ali.

 ??  ?? PAIRIN menyempurn­akan perasmian dengan memotong reben diperhatik­an Amrullah, Ghulam, Bobbey, Yusof dan Iman.
PAIRIN menyempurn­akan perasmian dengan memotong reben diperhatik­an Amrullah, Ghulam, Bobbey, Yusof dan Iman.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia