Utusan Borneo (Sabah)

Pusat penyembeli­han ayam patuhi standard kebersihan ditetapkan

-

Oleh SURAIDAH ROSLAN KOTA KINABALU: Pemeriksaa­n ke atas 22 pusat penyembeli­han ayam di seluruh negeri ini mendapati semua pusat penyembeli­han di Sabah mematuhi peraturan dan standard kebersihan yang ditetapkan.

Pengarah Pejabat Kementeria­n Perdaganga­n Dalam Negeri, Koperasi dan Kepengguna­an (KPDNKK) Sabah Yahya Sulaiman berkata sepanjang tempoh Januari-Ogos, mereka sudah memeriksa 22 daripada 27 pusat penyembeli­han di Sabah dan tiada sebarang kes kritikal yang direkodkan.

Beliau berkata demikian ketika ditemui semasa lawatan ke pusat penyembeli­han ayam Desa Hatchery Sdn Bhd.

Katanya, lawatan sebegitu diadakan dari masa ke semasa bagi memantau pemprosesa­n ayam yang dilakukan di pusatpusat penyembeli­han yang terdapat di sini.

“Lawatan bersama Skuad Pengguna ini diadakan bagi membolehka­n kami melihat sendiribag­aimanaayam­diproses di kilang. Usaha sebegini akan membantu meningkatk­an keyakinan pengguna bahawa ayam yang berada di pasaran memang mengikut prosedur ditetapkan.

“Lawatan sebegini juga memberi peluang kepada Skuad Pengguna untuk melihat sendiri bahawa produk tempatan kita memang mematuhi ciri-ciri persijilan yang ada,” katanya.

Yahya berkata, KPDNKK juga sering mengadakan pemeriksaa­n secara bersama dengan Jabatan Kesihatan Negeri Sabah, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (Jheains) dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) bagi memastikan persijilan halal dipatuhi sepenuhnya oleh pusat penyembeli­han yang ada di negeri ini.

Beliau juga menasihatk­an pusat penyembeli­han lain supaya mengikut jejak Desa Hatchery dalam mematuhi segala standard kebersihan dan syarat-syarat persijilan yang ditetapkan.

Menurutnya, program kerjasama bersama Skuad Pengguna dan Penyelaras Pengguna Parlimen (PPP) itu akan diteruskan pada masa akan datang untuk memastikan mereka menjadi orang pertama yang mendapat maklumat berkaitan isu kepengguna­an.

Mengenai bekalan barangan kawalan sempena musim Hari Raya Aidiladha, Yahya memberi jaminan bekalan bagi barangan kawalan adalah mencukupi.

Sementara itu, Pengerusi Skuad Pengguna Sabah Datuk Amisah Yassin berkata lawatan sebegitu amat penting bagi Skuad Pengguna. Ia membolehka­n mereka menjadi orang tengah untuk memberitah­u kepada orang awam tentang tahap kebersihan di pusat penyembeli­han yang ada di negeri ini.

Melihat sendiri bagaimana pusat penyembeli­han mengendali­kan pemprosesa­n ayam, mereka boleh memberi jaminan bahawa kebersihan di pusat penyembeli­han tidak perlu diragui.

 ??  ?? YAHYA (empat kiri) bersama Amisah (dua kiri) serta anggota Skuad Pengguna dan PPP yang menyertai lawatan ke Pusat Penyembeli­han Ayam di Lok Kawi.
YAHYA (empat kiri) bersama Amisah (dua kiri) serta anggota Skuad Pengguna dan PPP yang menyertai lawatan ke Pusat Penyembeli­han Ayam di Lok Kawi.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia