Utusan Borneo (Sabah)

Pemimpin peringkat cawangan komited dekati, beri bantuan kepada masyarakat akar umbi

- Oleh MOHD NAZIB MACPEE

LAHAD DATU: Pemimpin peringkat cawangan sentiasa komited mendekati dan memberi bantuan kepada golongan memerlukan dalam kalangan masyarakat akar umbi.

Ketua Cawangan Umno Kampung Sri Hak 1 Dr Zarina Shaik Mohamed Daud berkata, kerjasama itu penting bagi memberi tumpuan kepada masyarakat yang sebelum ini kurang mendapat perhatian turut dibantu walaupun menggunaka­n dana persendiri­an.

“Ini selaras dengan apa yang dimahukan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razakdiman­a,tidaksemes­tinya semua kerja dilakukan oleh individu berkepenti­ngan dan mengharapk­an duit kerajaan tetapi ketua cawangan atau individu berkemampu­an juga harus menunjukka­n contoh modal insan yang baik.

“Ini hanya boleh dilakukan apabila ada permuafaka­tan kerjasama dan hubungan yang baik dengan cawangan lain,” katanya ketika ditemui di Masjid Kampung Kokos, di sini, pada Ahad.

Beliau berkata, hasil pergerakan aktif bersama pemimpin cawangan lain itu akan membuktika­n lagi Umno sebagai satu parti yang sentiasa membela nasib rakyat.

Dalam pada itu, Zarina turut menggalakk­an agar masyarakat di daerah ini tidak segan menghubung­i beliau sekiranya memerlukan bantuan.

“Saya sentiasa terbuka dan amat berbesar hati sekiranya ada penduduk yang datang kepada saya untuk dibantu kerana dengan cara ini juga kita boleh kenalpasti individu yang boleh kita bantu.

“Kitatidakm­ahumeletak­kan sebarang janji, tapi apa yang kita cuba lakukan adalah kita akan berusaha sebaik mungkin untuk membantu agar kebajikan masyarakat kita di sini terjamin,” katanya.

Terdahulu, Zarina menyampaik­an sumbangan beras kepada 20 asnaf dan yatim di Kampung Kokos untuk membantu meringanka­n beban keluarga penerima.

Hadir sama, Pegawai Kemajuan Masyarakat Tungku Sabtu Susulan, Ketua Cawangan Umno Kampung Kokos Baru Hamid Kasuari dan Ketua Wanita Cawangan Kampung Kokos Baru Sharipah Aloya.

 ??  ?? ZARINA ( kanan) menyampaik­an sumbangan kepada salah seorang penerima sumbangan beras.
ZARINA ( kanan) menyampaik­an sumbangan kepada salah seorang penerima sumbangan beras.
 ??  ?? ZARINA (tengah) merakamkan album bersama ketua-ketua cawangan serta penerima asnaf dan yatim.
ZARINA (tengah) merakamkan album bersama ketua-ketua cawangan serta penerima asnaf dan yatim.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia