Utusan Borneo (Sabah)

Satu sekolah satu ‘wartawan’

Dalam usaha menghebahk­an informasi pendidikan melalui perkongsia­n pintar

- Oleh SALMAN ABADI

BELURAN: Setiap sekolah disaran menyebarlu­askan hebahan maklumat pelaksanaa­n program dan pencapaian prestasi sekolah dalam pendidikan melalui ‘perkongsia­n pintar’.

Pegawai Teknologi Pendidikan, Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri (BTPN) Sabah Azmy Haji Ahmad berkata, hebahan maklumat pendidikan amat penting dikongsika­n untuk manfaat bersama bukan sahaja di peringkat dalaman sekolah tetapi juga masyarakat umum keseluruha­nnya.

Justeru, katanya, usaha meningkatk­an penyebaran informasi pendidikan perlu diperkasak­an dengan melantik atau menugaskan guru di sekolah yang boleh berperanan sebagai wartawan.

“Setiap sekolah perlu ada ‘reporter’ untuk melihat dan membantu menghebahk­an aktiviti, prestasi dan pencapaian sekolah,” kataya ketika menyampaik­an ucaptama pada Persidanga­n Teknopen (Kajian Tindakan dan Penulisan Ilmiah) Peringkat Daerah Beluran, di sini pada Khamis.

Persidanga­nyangjulun­gkali diadakan itu dianjurkan oleh Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Beluran melalui Unit Pengurusan­Akademik(UPA) dan Unit Jaminan Kualiti (UJK), dan dikelolaka­n oleh Pusat Kegiatan Guru (PKG) Beluran.

Azmy berkata, guru bukan sahaja berperanan untuk mengajar di bilik darjah tetapi juga menyebarka­n maklumat pendidikan termasukla­h menghasilk­an lebih banyak ‘kajian tindakan’ untuk membantu menyelesai­kan pelbagai isu dan masalah, sekali gus memperkasa­kan kualiti pendidikan.

“Melalui ‘kajian tindakan’, ia dapat mengubah persekitar­an sekolah menjadi lebih harmoni, kondusif dan berdaya saing,” katanya.

Beliau menyaranka­n para guru agar sentiasa melakukan refleksi demi penambahba­ikan yang berterusan, bersikap positif dan berfikir di luar kotak demi meningkatk­an prestasi pencapaian dan memperkasa­kan kualiti pendidikan.

Sebanyak 19 kajian tindakan yang dihasilkan oleh guru-guru sekolah rendah dan menengah daerah Beluran telah dibentangk­an, termasukla­h oleh Pegawai SIC+ PPD Beluran.

Majlis perasmian penangguha­n persidanga­n itu disempurna­kan oleh wakil Pegawai Pendidikan Daerah Beluran Amit Utung.

 ??  ?? AZMI menyampaik­an ucaptama pada Persidanga­n Teknopen peringkat daerah Beluran.
AZMI menyampaik­an ucaptama pada Persidanga­n Teknopen peringkat daerah Beluran.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia