Utusan Borneo (Sabah)

Untuk dinikmati rakyat secara menyeluruh

Pelaksanaa­n pembanguna­n mesti beri impak tinggi: Maximus

-

JEJAK PERPADUAN

TENOM: Perancanga­n dan pelaksanaa­n apa jua jenis pembanguna­n mestilah memberi impak yang tinggi dan dapat dinikmati secara menyeluruh oleh rakyat kata Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Seri Panglima Dr Maximus Johnity Ongkili.

Di samping itu, ia juga dapat menjimatka­n pelbagai kos terutamany­a dari segi penjimatan sumber air dan tenaga serta penggunaan teknologi hijau.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Program Jelajah YaHijau Sabah Siri 2 di Dewan Datuk OKK Sanggau Jalang, di sini.

Maximus berkata, program itu sangat bermakna kerana diadakan pada bulan kemerdekaa­n.

Ia juga memberi kesedaran kepada rakyat mengenai kepentinga­n berjimat cermat dalam penggunaan teknologi hijau, sumber air dan tenaga.

Katanya, kerajaan sentiasa berusaha memberi kefahaman kepada rakyat mengenai kepentinga­n amalan hijau khususnyaa­malanjimat­airdan tenaga dalam mengekalka­n sumber berkenaan dapat dinikmati oleh generasi seterusnya.

Justeru kerajaan amat berharap, melalui program seperti ini dapat memupuk kesedaran diri dalam kalangan masyarakat agar sentiasa bekerjasam­a, tolak ansur dan prihatin mengenai perkata itu.

Oleh itu, kerajaan memerlukan sokongan dan kepercayaa­n daripada rakyat secara menyeluruh bagi meneruskan lebih banyak program seperti ini dapat dilaksanak­an pada masa akan datang.”

Seramai 1500 orang hadir bagi memeriahka­n majlis itu dengan pelbagai pengisian, antaranya, senamrobik, taklimat amalan hijau, pertanding­an inovasi antara sekolah, pemeriksaa­n mata percuma dan sukan rakyat seperti gusti lengan, anyaman ketupat, sumpitan dan boling kelapa yang dikendalik­an oleh warga KRT Daerah Tenom.

Sementara itu, Menteri Pembanguna­n Luar Bandar Sabah, merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Melalap, Datuk Seri Panglima Radin Malleh mengucapak­an jutaan terima kasih kepada Maximus di atas kesudian untuk hadir merasmikan program itu.

Beliau berkata, pihaknya sedia memberi kerjasama dalam segala aspek khususnya ilmu pengetahua­n untuk kesedaran yang berguna demi untuk kesejahter­aan rakyat.

“Masyarakat perlu bermula dengan pendidikan, dilatih dan diajar diperingka­t prasekolah,tadika, sekolah rendah dan menengah mengenai kepentinga­n amalan hijau agar menjadi budaya harian yang berguna pada masa akan datang.

Turut hadir ialah Pegawai Daerah Tenom Madiyem Layapan, Pengarah JPNIN Sabah Delin Liet Blaun, Wakil Ahli Parlimen Tenom Datuk Raimie Unggi Salikin OKK Datuk Sanggau, Penolong Pegawai Perpaduan Masyarakat Tenom Azrn Marahim, Ketua-ketua Jabatan, Pemimpinpe­mimpin masyarakat, guru-guru, dan masyarakat setempat.

 ??  ?? ACARA gusti lengan yang mendapat sambutan daripada orang ramai.
ACARA gusti lengan yang mendapat sambutan daripada orang ramai.
 ??  ?? MAXIMUS (empat kanan) menyampaik­an sumbangan dalam majlis itu.
MAXIMUS (empat kanan) menyampaik­an sumbangan dalam majlis itu.
 ??  ?? ANTARA pengisian program YaHijau Tenom.
ANTARA pengisian program YaHijau Tenom.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia