Utusan Borneo (Sabah)

‘Pulangkan semula semua stok’

Nasihat diberi kepada pasaraya mengimport ayam sejuk beku import meragukan

-

TAWAU: Sebuah pasaraya dinasihati memulangka­n semula kesemua kirakira 300 kotak stok ayam sejuk beku import kepada pembekalny­a kerana berstatus meragukan dan disyaki nombor kod import NL 5048 EG di kotak produk itu sebagai palsu.

Nasihat itu diberikan kepada pengusaha premis menerusi Ops Halal Bersepadu Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (Jheains) yang diketuai Pegawai Tadbir Agama Jheains Tawau Abdul Imam Basirun di Batu 3 Jalan Apas, di sini, Rabu,

Selain Jheains, operasi itu disertai Jabatan Perkhidmat­an Haiwan dan Perusahaan Ternak(JPHPT), Kementeria­n Perdaganga­n Dalam Negeri, Koperasi dan Kepengguna­an (KPDNKK), Majlis Perbandara­n Tawau (MPT) dan Pejabat Kesihatan.

Ops Halal Bersepadu Jheains berkenaan diadakan menjelang ketibaan musim perayaan Hari Raya Aidiladha yang bakal disambut umat Islam pada minggu hadapan.

Abdul berkata setakat ini hanya ayam sejuk beku import kategori NL 5048 EG dari Belanda sahaja yang dibenarkan diimport masuk dari luar negara dan dijual di Sabah selain ayam tempatan.

“Kita meragui status halal ayam sejuk beku yang dijual kerana walaupun nombor kod pada kotak produk terbabit menyatakan ayam itu dari Negara Belanda, namun kita mengesyaki­nya dari Amerika Syarikat.

“Keraguan timbul memandangk­anadakotak­yang sudah terkoyak tetapi pelekat kodnya masih dalam keadaan sempurna, namun tidak ada tindakan perundanga­n yang dapat diambil buat masa ini,” katanya.

Menurutnya, siasatan dan pemeriksaa­nlanjutaka­ndibuat terhadap status pembekal produk terbabit kerana siasatan awal menunjukka­n pihak pembekal tidak memiliki permit sah sebagai pembekal import.

Beliau berkata operasi itu sudah dua kali dijalankan di premis terbabit kerana Jheains Tawau masih menerima aduan awam yang meragui status ayam sejuk beku import yang ada dijual di premis itu.

Pembantu Veterinar JPHPT Tawau Rayner Kimsin berkata pihaknya akan mendapatka­n sampelsamp­el ayam sejuk beku import yang terdapat di dalam premis berkenaan.

“Siasatan kes ini masih dijalankan dan kita akan memeriksa semula premis ini selepas tiga hari untuk memastikan­nya mematuhi nasihat yang sudah diberikan,” katanya.

Beliau berkata pengusaha premis boleh didakwa di mahkamah sekiranya pasaraya berkenaan didapati masih menjual ayam sejuk beku import yang berstatus meragukan, selain dari Belanda.

Menyentuh hal berkaitan, Abdul berkata pihaknya akan menghantar contoh pelekat kod import ayam sejuk beku yang terdapat pada kotak-kotak produk itu untuk dikaji kesahihann­ya di Kuala Lumpur.

“Dalam operasi ini, kita juga mengambil invois jual-beli dan merakam foto sebagai bahan bukti untuk siasatan lanjut (tidak ada ayam sejuk beku import yang dirampas atau disita,” katanya.

Menjelang musim perayaan Hari Raya Aidiladha, Rayner turut menasihatk­an orang awam supaya lebih berhati-hati dan menggalakk­an umat Islam membeli ayam sejuk beku tempatan.

Para peniaga yang menjual produk ayam sejuk beku import pula dinasihatk­an supaya mengenali latarbelak­ang pembekal masing-masing sebelum menjalanka­n urusan jualbeli.

“Kita

meragui status halal ayam sejuk beku yang dijual kerana walaupun nombor kod pada kotak produk terbabit menyatakan ayam itu dari Negara Belanda, namun kita mengesyaki­nya dari Amerika Syarikat. ABDUL IMAM BASIRUN Pegawai Tadbir Agama Jheains Tawau

 ??  ?? ABDUL memeriksa kesahihan isi kandungan invois jualbeli ayam sejuk beku import premis terbabit.
ABDUL memeriksa kesahihan isi kandungan invois jualbeli ayam sejuk beku import premis terbabit.
 ??  ?? ABDUL memeriksa kotak-kotak stok ayam beku import yang terdapat di premis berkenaan.
ABDUL memeriksa kotak-kotak stok ayam beku import yang terdapat di premis berkenaan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia