Utusan Borneo (Sabah)

Pupuk semangat cinta negara

Warga SK Sungai Bedaun bersemanga­t sambut Bulan Kemerdekaa­n

-

S EKOLAH Kebangsaan Sungai Bedaun (SKSB) Labuan turut tidak ketinggala­n mengadakan sambutan Bulan Kemerdekaa­n sempena Ulangtahun Kemerdekaa­n ke-60 peringkat sekolah itu pada Rabu.

Majlis pelancaran program itu telah disempurna­kan oleh Guru Besar SK Sungai Bedaun Dg Sarifah A Mahmod.

Menurut Dg Sarifah, sambutan yang bertujuan memupuk semangat cintakan negara kepada warga sekolah itu berjaya diadakan dengan cemerlang.

Sambutan yang bertemakan ‘Negaraku Sehati

Sejiwa’ bermula seawal jam 7 pagi itu dikelolaka­n oleh Panitia Sejarah.

Sepanjang sambutan Bulan Kemerdekaa­n, pelbagai aktiviti telah disusun atur antaranya pertanding­an mewarna bendera, pertanding­an sajak dan pelbagai lagi aktiviti yang menarik.

Majlis pelancaran itu dimeriahka­n dengan deklamasi sajak yang disampaika­n oleh Cikgu Noor Farehin.

SK Sungai Bedaun juga telah menyertai pertanding­an Kibar Bendera kategori sekolah anjuran Jabatan Penerangan.

Dg Sarifah berharap menerusi program itu warga sekolah khususnya murid dan guru akan terus mengenang jasa serta pengorbana­n pejuang kemerdekaa­n tanah air.

Beliau juga yakin semangat patriotik dan cintakan negara dalam kalangan murid dan guru semakin berkobar-kobar menerusi nyanyian lagu-lagu patriotik dan kempen kibar Jalur Gemilang.

Beliau mengucapka­n terima kasih kepada semua guru khususnya Panitia Sejarah yang menjadi pengelola Bulan Kemerdekaa­n pada tahun ini.

Turut hadir pada majlis pelancaran itu adalah Penolong Kanan Pentadbira­n Rina Farinna Dakim, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid Sunah Tahir, Penolong Kanan Kokurikulu­m Abd Tahar Ibrahim dan Penyelaras Program Mohamad Rosli Yusof.

Majlis pelancaran itu dimeriahka­n dengan kibaran Jalur Gemilang dan nyanyian lagu-lagu patriotik oleh 666 murid dan 44 guru SK Sungai Bedaun.

 ??  ??
 ??  ?? (Gambar kanan) DG Sarifah bersama barisan penolong kanan menyanyika­n lagu patriotik sambil mengibarka­n Jalur Gemilang.
(Gambar bawah) KEGEMBIRAA­N terpancar pada wajah murid-murid dan guru-guru SK Sg Bedaun ketika meraikan sambutan Bulan Kemerdekaa­n.
(Gambar kanan) DG Sarifah bersama barisan penolong kanan menyanyika­n lagu patriotik sambil mengibarka­n Jalur Gemilang. (Gambar bawah) KEGEMBIRAA­N terpancar pada wajah murid-murid dan guru-guru SK Sg Bedaun ketika meraikan sambutan Bulan Kemerdekaa­n.
 ??  ?? SEMANGATKE­MERDEKAAN: GiatMara Tawau mengadakan pelancaran sambutan Hari Kemerdekaa­n dan Hari Malaysia yang merupakan antara program kemerdekaa­n di GiatMara seluruh Sabah. Selain menanam rasa kecintaan kepada negara, program itu juga bagi menghargai...
SEMANGATKE­MERDEKAAN: GiatMara Tawau mengadakan pelancaran sambutan Hari Kemerdekaa­n dan Hari Malaysia yang merupakan antara program kemerdekaa­n di GiatMara seluruh Sabah. Selain menanam rasa kecintaan kepada negara, program itu juga bagi menghargai...
 ??  ?? KAWASAN persekitar­an SK Sg Bedaun dihiasi Jalur Gemilang dan bendera negeri-negeri.
KAWASAN persekitar­an SK Sg Bedaun dihiasi Jalur Gemilang dan bendera negeri-negeri.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia