Utusan Borneo (Sabah)

Jabatan O&G Hospital Keningau sambut Minggu Penyusuan Susu Ibu

- Oleh JOHAN AZIZ

Obstetrik & Ginekologi (O&G) Hospital Keningau menyambut Minggu Penyusuan Susu Ibu peringkat hospital itu yang diadakan di ruang legar lobi utama hospital itu.

Program yang diadakan selama seminggu itu telah dirasmikan oleh Pengarah Hospital Keningau Dr Ridzuan Hashim yang dalam ucapannya menasihatk­an kepada golongan ibu agar mengutamak­an susu ibu ketika menyusukan bayi mereka.

Katanya, susu ibu mempunyai khasiat yang baik bagi pertumbuha­n tubuh badan dan perkembang­an otak bayi. Selain makanan, nutrisi juga dapat diperolehi daripada susu ibu.

Melalui penyusuan susu ibu juga katanya, dapat menjalinka­n hubungan yang akrab antara ibu dan bayi selain salah satu tanda kasih sayang seorang ibu kepada bayinya.

Dr Ridzuan mengucapka­n terima kasih kepada Jabatan O&G yang dapat mengadakan program itu dengan jayanya.

“Bagi saya, program ini amat baik terutama sekali untuk merapatkan lagi hubungan antara ibu, masyarakat dan pihak hospital.

“Saya percaya melalui sesi kaunseling dan juga pameran yang diadakan sepanjang program ini diadakan, dapat memberikan kesedaran kepada ibu-ibu tentang kepentinga­n serta kebaikan penyusuan susu ibu,” katanya.

Sementara itu, Ketua Jabatan O&G yang juga Pakar O&G Dr Siti Aishah Tajudin memberitah­u Minggu Penyusuan Susu Ibu bertemakan ‘Mengekalka­n Penyusuan Bersama’

itu bertujuan memperkasa­kan lagi polisi penyusuan susu dalam kalangan ibu kepada bayi mereka.

Katanya, program itu adalah bagi menggalakk­an ibu-ibu menyusukan bayi mereka selain memantapka­n lagi objektif Hospital Rakan Bayi.

Menurut beliau, objektif program adalah mempromosi, melindungi dan menyokong penyusuan susu ibu.

Dr Siti Aishah juga amat berpuashat­i dengan kerjasama yang diberikan oleh pegawai serta kakitangan Jabatan O&G yang begitu prihatin dan memiliki komitmen yang tinggi dalam menjayakan program itu.

Pada masa sama, beliau turut melahirkan perasaan teruja dengan sambutan yang begitu menggalakk­an daripada orang ramai terutama sekali ibu-ibu yang hadir pada program itu.

Pelbagai aktiviti diadakan sepanjang program itu iaitu Pidato Kanak-Kanak, pertanding­an mewarna kanak-kanak, misi menawan Bukit Trig (membawa

penyusuan susu ibu ke puncak bukit), senamrobik, bazaria, pameran dan kaunseling.

Pertanding­an pidato kanak-kanak telah dimenangi Md Aliff Aprry sementara tempat kedua dan ketiga masing-masing dimenangi oleh Alnie Christa Alik dan Jackob Yoshua Jeffry.

Jerikson Dextar Jerom memenangi tempat pertama dalam pertanding­an mewarna diikuti oleh Norsydah Najiha Kasman di tempat kedua dan Batrisyia Sujhi ketiga.

Kira-kira 1,000 orang termasuk Dr Jerry Moinon, Matron Maria, doktor serta jururawat Jabatan O&G dan Hospital Keningau hadir pada program itu.

 ?? Banner ?? PEGAWAI dan kakitangan Jabatan O&G bersama kanak-kanak dan remaja selepas berjaya membawa Minggu Penyusuan Susu Ibu ke puncak Bukit Trig.
Banner PEGAWAI dan kakitangan Jabatan O&G bersama kanak-kanak dan remaja selepas berjaya membawa Minggu Penyusuan Susu Ibu ke puncak Bukit Trig.
 ??  ?? DR Ridzuan (tengah), Dr Siti Aishah dan Dr Jerry bersama pegawai serta kakitangan Jabatan O&G.
DR Ridzuan (tengah), Dr Siti Aishah dan Dr Jerry bersama pegawai serta kakitangan Jabatan O&G.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia