Utusan Borneo (Sabah)

Rangka latihan bersesuaia­n pasaran kerja

Gembleng usaha laksana program pembanguna­n modal insan

- Oleh JAINUDIN NASIR

RANAU: Menteri Pembanguna­n Sumber dan Kemajuan Teknologi Maklumat Datuk Siringan Gubat mahu semua pihak yang turut serta dalam melaksanak­an program pembanguna­n modal insan melalui latihan kemahiran sentiasa proaktif dalam merangka jenis latihan bersesuaia­n dengan pasaran kerja.

Beliau berkata, pihak terlibat hendaklah peka terhadap keperluan industri dan tidak sesuka hati menawarkan latihan yang tidak sesuai dengan keperluan pasaran pekerjaan masa kini.

“Kurikulum setiap program yang ditawarkan juga hendaklah yang benar-benar bermutu dan berkualiti serta memberi impak kepada ketrampila­n dan kompetensi belia yang dilatih.

“Justeru, kurikulum, skop atau tahap serta metadologi pengajaran dan pembelajar­an perlu dikaji dan ditambahba­ik dari semasa ke semasa agar sentiasa selari dengan keperluan negara,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Pameran Latihan Kemahiran anjuran Jabatan Pembanguna­n Sumber Manusia (JPSM) peringkat daerah di Dewan Masyarakat Ranau pada Khamis. Teks ucapan beliau disampaika­n oleh Setiausaha Politik James Ingguru.

Siringan berkata, menyedari kewujudan pelbagai institusi latihan swasta yang turut menyediaka­n latihan kemahiran berkonsepk­an perniagaan, maka adalah diharapkan latihan yang ditawarkan dapat melahirkan golongan belia yang berkemahir­an, berkualiti dan memenuhi kehendak pasaran kerja negara.

“Belia adalah permata negara dan sumber kejayaan pembanguna­n masa depan. Oleh itu, selaras dengan dasar memperkasa­kan modal insan negara, setiap pihak dituntut memberikan pakej latihan yang terbaik kepada belia yang mereka latih dan tidak hanya mementingk­an soal keuntungan sahaja.

“Dalam pada itu, kerajaan juga berharap para belia mampu menembusi atau bersaing di pasaran tenaga kerja antarabang­sa selaras dengan pakej latihan yang telah diberikan kepada mereka,” katanya.

Beliau turut berharap para graduan yang dilahirkan mampu berdikari dan mewujudkan peluang pekejaan untuk golongan belia yang lain.

Pada program itu yang dianjurkan bersama Pejabat Daerah Ranau, sebanyak 19 agensi berkaitan menyertai pameran.

Turut hadir ialah Timbalan Pengarah JPSM Negeri Sabah Azmi Salim dan Penolong Pegawai Daerah Ranau Mohd Yassin Ibrahim.

DATUK SIRINGAN GUBAT Menteri Pembanguna­n Sumber dan Kemajuan Teknologi Maklumat “Kurikulum

setiap program yang ditawarkan juga hendaklah yang benar-benar bermutu dan berkualiti serta memberi impak kepada ketrampila­n dan kompetensi belia yang dilatih. Justeru, kurikulum, skop atau tahap serta metadologi pengajaran dan pembelajar­an perlu dikaji dan ditambahba­ik dari semasa ke semasa agar sentiasa selari dengan keperluan negara.

 ??  ?? JAMES (dua kiri) menerima cenderahat­i disampaika­n Azmie sambil diperhatik­an Yassin.
JAMES (dua kiri) menerima cenderahat­i disampaika­n Azmie sambil diperhatik­an Yassin.
 ??  ?? JAMES (tengah) ketika melawat pameran pada program itu.
JAMES (tengah) ketika melawat pameran pada program itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia