Utusan Borneo (Sabah)

Rahim lancar Gotong Royong Perdana dan Hari Kebangsaan

-

PITAS: Ahli Parlimen Kudat Datuk Haji Abdul Rahim Bakri menyempurn­akan pelancaran Gotong Royong Perdana dan Majlis Sambutan Hari Kebangsaan 2017 Pusat Daerah Mengundi (PDM) PingganPin­ggan.

Program itu adalah anjuran Pusat Khidmat Ahli Parlimen Kudat di Gelanggang Futsal Kampung Pinggan-Pingggan, di sini.

Dalam ucapan Rahim, beliau mengucapka­n syabas dan tahniah kepada penduduk kampung dalam PDM Pinggan-Pinggan kerana bersepakat menjayakan gotong royong membersihk­an Tanah Perkuburan Orang Islam Kampung Pinggan-Pinggan dan persekitar­annya.

Katanya, tanpapermu­afakatan yang padu sudah pasti usaha murni itu sukar diperolehi.

“Dalam masa yang sama, saya juga menyeru kepada semua lapisan masyarakat agar menghayati hari yang amat bersejarah bagi rakyat Malaysia berbilang kaum iaitu Hari Kebangsaan yang disambut pada setiap 31 Ogos.

“Jangan kita lupa jasa Allahyarha­m Tun Abdul Rahman bersama pemimpin lain yang berjuang habis-habisan membawa Malaysia keluar dari penjajahan,” katanya.

Terdahulu, Rahim telah menyampaik­an sumbangan peribadi kepada lima pesakit kronik, sumbangan kewangan kepada 165 penerima serta 100 kerusi untuk sekolah rendah dan 100 lagi untuk gereja yang telah disenaraik­an.

Hadir sama, mantan Adun Pitas Datuk Masrani Parman, Penolong Pegawai Daerah (Pembanguna­n) Haji Bakri Nanun, Wakil Ketua Anak Negeri Haji Taib Jasmin, Ketua Kampung Ismail Yahya, Pengerusi JKKK PingganPin­ggan Indra Abdul Rahman dan Pengerusi Penganjur Alag Muhammmad.

 ?? Gambar atas ?? ALAG (dua dari kanan) mengetuai penduduk bergotong royong membersihk­an kawasan gelanggang futsal dan tanah perkuburan.
Gambar atas ALAG (dua dari kanan) mengetuai penduduk bergotong royong membersihk­an kawasan gelanggang futsal dan tanah perkuburan.
 ?? Gambar kiri ?? ALAG (duduk, tiga dari kiri) merakamkan gambar kenangan bersama sebahagian daripada 130 peserta program itu.
Gambar kiri ALAG (duduk, tiga dari kiri) merakamkan gambar kenangan bersama sebahagian daripada 130 peserta program itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia