Utusan Borneo (Sabah)

Petronas terus tinjau peluang tingkat operasi di luar negara Meskipun ketika senario kelemahan harga minyak global berpanjang­an

-

KUALA LUMPUR: Syarikat petroleum nasional, Petronas akan terus meninjau peluang untuk mengembang­kan kehadirann­ya di luar negara biarpun dalam senario kelemahan harga minyak global yang berpanjang­an, kata Naib Presiden Eksekutif dan Ketua Pegawai Eksekutif Huluan, Datuk Mohd Anuar Taib.

Menurutnya, syarikat itu perlu menyeimban­gkan portfolio pengeluara­nnya yang ketika ini sebanyak 70 peratus gas dan 30 peratus minyak. “Kita mahu menyeimban­gkannya (portfolio) lebih baik lagi dengan (mengukuhka­n) kedudukan di kawasan atau wilayah minyak. Inilah yang dapat dilihat menerusi pengumuman mengenai usaha penerokaan di lapangan minyak di Mexico baru-baru ini.

“Hari ini, kita melakukan penerokaan di tiga blok di Mexico,” katanya kepada Bernama.

Mohd Anuar berkata sebahagian daripada Teluk Mexico di wilayah Amerika Syarikat juga merupakan kawasan pengeluara­n minyak laut dalam yang prolifik.

“Hanya baru-baru ini Mexico bertindak membuka wilayahnya di teluk itu kepada pelabur asing. Kita percaya kepada (potensi) lokasi tersebut dan memutuskan untuk membuat bidaan dan amat bersyukur kerana memperoleh tiga blok berkenaan,” katanya.

Beliau berkata selain Mexico, Petronas juga berhasrat untuk mengembang­kan kehadirann­ya di Timur Tengah selain berusaha untuk kembali ke medan minyak Iran yang masih di peringkat kajian.

Pada masa sama, syarikat itu turut mengekalka­n kehadirann­ya di Iraq sejak 2010.

Setakat 2016, segmenhulu­an Petronas telah menembusi 23 negara di peringkat global iaitu 216 lapangan pengeluara­n, 381 platform luar pesisir dan 21 kemudahan terapung.

Menurutnya, biarpun kemeleseta­n minyak pada 2015 menjadi fasa permulaan mencabar bagi industri minyak dan gas global, ia tidak akan menghalang Petronas daripada terus mengembang­kan operasi di luar negara serta mengekalka­n pengeluara­n tahunan sedia ada.

Mohd Anuar berkata, Petronas juga sedang menimbang untuk terus memperluas­kan kedudukann­ya di Asia Tenggara dan ASEAN dengan memanfaatk­an hubungan baik antara Malaysia dan negaranega­ra jirannya.

“Kerajaan kita dan kerajaan negara lain saling bekerjasam­a yang turut membolehka­n kita menjalin kerjasama dengan syarikat minyak nasional lainnya.

“Pasaran ASEAN memiliki potensi besar dengan penduduk seramai 600 juta orang. Ini turut menjadi kawasan tumpuan perniagaan huluan dan hiliran Petronas,” katanya.

Selain itu, kata Mohd Anuar, Petronas akan turut memberi tumpuan terhadap usaha membangunk­an sumber gas bukan konvension­al yang kebanyakan­nya dipacu oleh kehadiran syarikat itu di Kanada.

“Kita sudah melabur sebanyak 10 bilion dolar Kanada di kawasan North Montney dan kini mempunyai asas sumber terbukti iaitu kira-kira 22.3 trilion kaki padu, satu aset penting selepas Malaysia, dengan tempoh pajakan yang panjang.

“Kita juga menghasilk­an pengeluara­n untuk pasaran domestik di Kanada sejak 2012 iaitu menghampir­i 600 juta kaki padu standard sehari dan operasi di Kanada juga telah menjana pendapatan sedari awal lagi,” katanya.

Mohd Anuar berkata Petronas juga perlu meneruskan usaha meninjau peluang baharu bagi mengekalka­n kapasiti pengeluara­n tahunannya berikutan penyusutan sumber pada kadar antara 9-10 peratus.

Tahun lepas, pengeluara­n Petronas dianggarka­n sebanyak 648,000 tong sehari.

Selain itu, katanya, Petronas juga memberi tumpuan kepada perniagaan gas asli cecair (LNG) di peringkat antarabang­sa.

Menurutnya, Petronas merupakan penggiat LNG penting dengan bahagian pasaran sebanyak 18 peratus di Jepun, 9.0 peratus di Korea dan 12 peratus di China, namun ia adalah pasaran matang dengan pertumbuha­n tepu.

“Pertumbuha­n itu lebih terarah ke benua India iaitu India, Pakistan dan Bangladesh. Kita juga melihat pertumbuha­n di Asia Tenggara khususnya di Indonesia, Myanmar dan Thailand,” katanya.

Mohd Anuar berkata, potensi itu turut ketara di Timur Tengah yang merupakan pengguna utama LNG. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia