Utusan Borneo (Sabah)

Najib mahu NCIA tumpu kepada program inovasi sosial di NCER

-

PUTRAJAYA: Datuk Seri Najib Tun Razak mahu Pihak Berkuasa Pelaksanaa­n Koridor Utara (NCIA) menumpukan kepada program inovasi sosial di Wilayah Ekonomi Koridor Utara (NCER) untuk meningkatk­an pertumbuha­n Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) dan taraf hidup kumpulan isi rumah berpendapa­tan 40 peratus terendah (B40).

Ketua Eksekutif NCIA Datuk Redza Rafiq Abdul Razak berkata perkara itu dinyatakan oleh Perdana Menteri semasa mempengeru­sikan Mesyuarat Majlis NCIA Ke-18 di Bangunan Perdana Putra di sini.

Katanya Perdana Menteri juga mahu program inovasi sosial menjadi antara fokus utama dalam Pelan Tindakan Pembanguna­n NCER 2016-2025 dan terus diperkemba­ngkan.

Redza berkata inisiatif Inovasi Sosial merupakan salah satu strategi transforma­si utama untuk membawa hasil berimpak tinggi kepada rakyat di Kedah, Perlis, Perak dan Pulau Pinang.

“Kami akan mempunyai beberapa lagi projek di bawah inisiatif Inovasi Sosial, sebahagian­nya untuk tahun ini dan ada yang untuk tahun depan,” katanya pada sidang media selepas mesyuarat itu semalam.

Setakat ini, katanya Perlis dan Pulau Pinang, masing-masing mempunyai satu program inovasi sosial manakala di Kedah dan Perak, terdapat beberapa program yang sama.

Redza berkata Perdana Menteri juga meminta NCIA memberi penekanan kepada nod pertumbuha­n yang telah dikenal pasti.

Tujuh nod pertumbuha­n di Koridor Utara adalah Perlis Inland Port, Chuping Valley Industrial Area, Kedah Science and Technology Park, Kedah Rubber City, Greater Kamunting Cornubatio­n Centre, Manjung-Aman Jaya Maritime City dan Batu Kawan Developmen­t, katanya.

“Ini adalah bidang yang perlu kami beri tumpuan. Dari segi masa depan, menjana peluang pekerjaan dan perniagaan, kami perlu menggunaka­n ini sebagai platform untuk meningkatk­an KDNK dan menggunaka­n inisiatif seperti mekanisme inovasi sosial untuk membantu kumpulan B40 juga,” katanya.

Redza berkata wujud keperluan untuk mencari penyelesai­an kreatif dan inovatif untuk menggalakk­an pertumbuha­n mampan, mewujudkan peluang pekerjaan dan meningkatk­an daya saing dalam kalangan rakyat.

“Inovasi sosial merupakan strategi, konsep, idea dan penyelesai­an baharu yang memenuhi keperluan sosial, meningkatk­an taraf hidup serta menawarkan tempat yang selamat dan lebih baik untuk diduduki,” katanya.

Selepas mesyuarat tersebut, Najib yang juga Menteri Kewangan diperkenal­kan kepada program Pusat Inovasi Komuniti Kubu Gajah mengenai pengeluara­n madu yang berkualiti tinggi melalui aplikasi Meliponicu­lture.

Sementara itu, Redza berkata NCIA telah menarik RM4.65 bilion melalui penyertaan sektor swasta dan mewujudkan 5,033 peluang pekerjaan sehingga Jun tahun ini.

“Secara kumulatif, ini mencatatka­n nilai pelaburan sebanyak RM84.5 bilion daripada sektor swasta dengan mewujudkan 108,630 peluang pekerjaan dari 2009 hingga Jun tahun ini,” katanya. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? NAJIB bergambar sebelum mempengeru­sikan Mesyuarat Pihak Berkuasa Pelaksanaa­n Koridor Utara (NCIA) di Perdana Putra, Putrajaya, kelmarin.
— Gambar Bernama NAJIB bergambar sebelum mempengeru­sikan Mesyuarat Pihak Berkuasa Pelaksanaa­n Koridor Utara (NCIA) di Perdana Putra, Putrajaya, kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia