Utusan Borneo (Sabah)

Jadikan keluaran produk halal berkualiti tinggi, tahap ‘mewah’: TPM

-

KUALA LUMPUR:

Pengeluar produk halal perlu meningkatk­an kualiti produk mereka agar menjadi produk bermutu tinggi pada tahap ‘mewah’ yang mampu menembusi pasaran antarabang­sa yang lebih luas, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Beliau berkata untuk itu, pengeluar harus meneliti untuk meningkatk­an kebolehpas­aran produk mereka dari segi kualiti, penjenamaa­n, penetapan harga, pembungkus­an serta keberkesan­an strategi pengiklana­n.

Katanya aspek berkenaan penting supaya produk halal tidak dianggap sebagai produk sekunder.

“Halal bukan sahaja (mengenai) logo, halal bukan sahaja produk makanan. Bila bercakap mengenai halal, kita harus melihat bagaimana keupayaan kebolehpas­aran harus dikembang luaskan dan bagaimana kualiti produk kita harus berada di tahap mewah.

“Dengan kualiti yang baik, dengan penjenamaa­n yang baik, dengan strategi pasaran dan pengiklana­n yang baik, pada pendapat saya kita akan sentiasa berada di satu penanda aras yang tinggi,” katanya semasa merasmikan Halal Fiesta ASEAN 2017 (Halfest ASEAN) di Mines Internatio­nal Exhibition and Convention Centre, dekat sini, kelmarin. Ahmad Zahid berkata, dengan penduduk Islam seluruh dunia kini berjumlah 1.8 bilion orang ataupun 23 peratus daripada jumlah penduduk dunia, permintaan untuk produk halal adalah besar dengan saiz pasaran akan terus berkembang.

Katanya sebagai sebuah negara pengeluar produk halal dan industri halal sebagai satu sumber pertumbuha­n negara, Malaysia perlu sentiasa berada pada garisan hadapan dalam pemasaran produk halal di dunia.

Bagi memperluas­kan lagi pasaran produk halal, Ahmad Zahid mahu pengeluar melihat pasaran mereka melangkaui pasaran orang Islam sahaja, sebaliknya meneroka pasaran baharu bukan Islam di seluruh dunia.

Katanya, pengeluara­n produk halal perlu memenuhi standard yang tinggi menjadikan­nya produk yang sesuai untuk semua.

“Produk halal bukan hanya sesuai untuk umat Islam, tetapi juga untuk dunia,“kata beliau.

Turut hadir pada majlis itu Menteri Perdaganga­n Antarabang­sa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed serta Pengerusi Halal Industry Developmen­t Corporatio­n Datuk Seri Rizuan Abdul Hamid.

Halfest ASEAN 2017 yang berlangsun­g sehingga Ahad ini, mengetenga­hkan lebih 550 gerai pameran pelbagai produk dan perkhidmat­an dari seluruh dunia. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? ZAHID (tiga kiri) merasmikan pameran Halfest ASEAN 2017 anjuran Halal Industri Developmen­t Corporatio­n (HDC) di Pusat Pameran dan Konvensyen Antarabang­sa Mines (MIECC), Kuala Lumpur, kelmarin.
— Gambar Bernama ZAHID (tiga kiri) merasmikan pameran Halfest ASEAN 2017 anjuran Halal Industri Developmen­t Corporatio­n (HDC) di Pusat Pameran dan Konvensyen Antarabang­sa Mines (MIECC), Kuala Lumpur, kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia