Utusan Borneo (Sabah)

RAM kekal unjuran terbitan sukuk global AS$60b hingga AS$70b pada 2017

-

RAM Rating Services Bhd mengekalka­n unjuran penerbitan sukuk global pada 2017 sebanyak AS$ 60 bilion hingga AS$70 bilion (AS$1 = RM4.27).

Dalam satu kenyataan kelmarin, Ketua Kewangan Islam RAM, Ruslena Ramli, berkata Malaysia mengekalka­n kedudukan peneraju mengikut negara dengan bahagian pasaran sebanyak 28.8 peratus meskipun jumlah terbitan sukuk yang lebih yang lebih tinggi dari Arab Saudi, Qatar dan Oman pada separuh pertama tahun 2017.

Agensi penarafan itu, dalam ‘Sukuk Snapshot’, berkata terdapat juga peningkata­n 43.8 peratus dalam perbanding­an tahun ke tahun bagi terbitan sukuk global daripada AS$37.3 bilion setakat akhir Jun 2016 kepada AS$53.6 bilion bagi tempoh yang sama pada tahun 2017.

“Angka yang lebih tinggi itu disumbangk­an oleh peningkata­n terbitan terutamany­a dari Arab Saudi sebanyak AS$14.3 bilion (akhir Jun 2016: AS$2.9 bilion), Qatar AS$5.4 bilion (akhir Jun 2016: AS$500 juta) dan Oman AS$2.1 bilion (akhir Jun 2016: sifar), katanya.

Menurut agensi itu, prestasi separuh pertama 2017 menggalakk­an sejajar dengan jangkaan pemulihan dalam terbitan sukuk sektor awam terutamany­a dari Arab Saudi, Qatar, Oman dan Bahrain.

“Momentum berterusan hingga Julai 2017, di mana penerbitan sukuk global naik kepada AS$56.8 bilion, berikutan penerbitan tambahan terutamany­a dari Malaysia, Bangladesh, Indonesia dan Bahrain,” katanya.

Sementarai­tu, katanya, terbitan sukuk domestik Malaysia pada separuh pertama 2017 meningkat kepada AS$18.4 bilion daripada AS$14.6 bilion, peningkata­n sebanyak 26 peratus dalam perbanding­an tahun ke tahun.

Agensi itu berkata prestasi positif itu sejajar dengan unjuran terbitan sukuk kasar mata wang tempatan sebanyak 2017 pada AS$ 22.2 bilionAS$26.7 bilion (RM100 bilion - RM120 bilion).

“Pasaran bon Malaysia masih terdedah kepada ketidakten­tuan yang berpunca daripada perkembang­an global, walaupun unjuran sukuk kita yang baik,” katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia