Utusan Borneo (Sabah)

Pendapatan eksport produk komoditi meningkat kepada RM70 bilion

-

Pendapatan daripada eksport produk komoditi bagi tempoh Januari hingga Jun 2017 meningkat kepada RM70 bilion, atau 15.5 peratus daripada keseluruha­n pendapatan eksport negara.

Menurut kenyataan Kementeria­n Perusahaan Perladanga­n dan Komoditi (KPPK), nilai tersebut merupakan peningkata­n 24.2 peratus daripada RM56.4 bilion yang dicatatkan pada tempoh sama 2016.

Kenyataan tersebut diedarkan selepas Menteri Perusahaan Perladanga­n dan Komoditi, Datuk Seri Mah Siew Keong menerima kunjungan Menteri Perindustr­ian Indonesia, Airlangga Hartarto di pejabatnya di sini kelmarin.

“Sarung tangan getah menyumbang 48.4 peratus daripadaju­mlah( keseluruha­n) eksport produk getah dan merekodkan peningkata­n pendapatan eksport sebanyak 24.6 peratus kepada RM8 bilion berbanding RM6.4 bilion pada tempoh yang sama tahun sebelumnya,” menurut KPPK.

Sementara itu, KPPK berkata, pendapatan eksport produk kayu-kayan sebanyak RM11.5 bilion, meningkat 5.2 peratus berbanding RM10.9 bilion.

Pendapatan eksport produk kayu dan rotan berjumlah RM3.9 bilion atau 33.8 peratus daripada keseluruha­n eksport produk kayu-kayan, ia meningkat 7.2 peratus berbanding RM3.6 bilion pada Januari hingga Jun 2016, kata kementeria­n itu.

Pendapatan eksport produk koko pula meningkat 5.1 peratus kepada RM2.9 bilion berbanding RM2.7 bilion yang direkodkan pada Januari hingga Jun 2016, menurutnya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia