Utusan Borneo (Sabah)

Batu Kawan Bhd satu-satunya syarikat Malaysia dalam Fab 50

Syarikat Fab 50 dipilih daripada 1,694 syarikat awam di rantau ini

-

SINGAPURA: Batu Kawan Bhd yang berpangkal­an di Ipoh, menjadi satu-satunya syarikat Malaysia yang termasuk dalam edisi ke-13 Senarai 50 Syarikat Terbaik Forbes Asia (Fab 50).

Batu Kawan, syarikat pegangan pelaburan yang terlibat dalam sektor pembuatan kimia, pengangkut­an, pelaburan hartanah dan perladanga­n, ditubuhkan pada 9 Dis, 1965.

Jualan semasanya berjumlah AS$4.11 bilion (AS$1=RM4.277) dan mempunyai permodalan pasaran sebanyak AS$1.8 bilion.

Forbes Media berkata syarikat Fab 50 dipilih daripada 1,694 syarikat awam di rantau ini dengan perolehan tahunan sekurang-kurangnya AS$1.8 bilion.

Syarikat yang mengalami kerugian atau mempunyai perolehan kurang daripada lima tahun lepas tidak layak, katanya.

Senarai itu tidak termasuk syarikat yang mempunyai nisbah hutang yang tinggi, lebih 50 peratus milik negara atau lebih 50 peratus dimiliki oleh syarikat induk yang tersenarai.

Syarikat yang terlibat dianalisis menggunaka­n pelbagai langkah kewangan.

“Keputusann­ya adalah barisan saham mewah yang berprestas­i tinggi, yang terbaik di rantau ini,” menurut Forbes Media, syarikat yang menerbitka­n majalah Forbes and Forbes Asia, termasuk laman web, Forbes.com.

Katanya tiada syarikat dari Australia, Filipina, Singapura dan Thailand dalam senarai tahun ini.

Malaysia, Indonesia dan Vietnam, masing-masing mempunyai syarikat tersenarai dalam Fab 50 yang terkini, katanya sambil menambah syarikat ini adalah antara 20 peserta baharu bagi tahun ini.

China menjadi tumpuan berikutan ia mempunyai 29 syarikat dalam senarai tersebut, semuanya beribu pejabat di tanah besar, meningkat berbanding 22 syarikat pada tahun lepas.

Forbes Media berkata China mempunyai dua syarikat paling penting dalam senarai tersebut Alibaba Group dan Tencent Holdings masingmasi­ng dengan permodalan pasaran sebanyak AS$399 bilion dan AS$387 bilion.

Dua syarikat itu turut berada pada kedudukan pertama dan kedua dari segi keuntungan bersih, kata Forbes Media.

India mempunyai lapan syarikat dalam senarai terkini itu, diikuti Hong Kong dan Jepun, masing-masing tiga syarikat, manakala Korea Selatandan Taiwanmemp­unyai dua syarikat dalam Fab 50.

Senarai penuh boleh didapati di www.forbes.com/fab50 termasuk dalam terbitan terkini Forbes Asia yang boleh didapati di pasaran. - Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia