Utusan Borneo (Sabah)

157 kertas kerja bakal dibentang pada SEAPSIL IV

-

KOTA KINABALU: Sebanyak 157 kertas kerja bakal dibentang peserta dari dalam dan luar negara di Seminar Antarabang­sa Psikolingu­istik IV (SEAPSIL IV) di Hotel Tabung Haji pada 10 hingga 11 Oktober ini.

Pengerusi Jawatankua­sa Induk SEAPSIL IV Prof Madya Dr Noor Aina Dani berkata, seminar anjuran Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi, Universiti Putra Malaysia dengan kerjasama Institut Pendidikan Guru Kampus (IPG) Gaya Kota Kinabalu itu turut membawa pembentang dari Nigeria, Thailand, Indonesia, Brunei dan Singapura.

Selain itu, para pembantang dari dalam negara adalah dari Universiti Utara Malaysia (UUM), Universiti Malaysia Sabah (UMS), Universiti MalaysiaSa­rawak (UNIMAS), Universiti Malaya (UM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) selain IPG Gaya sendiri.

Seminar kali ketiga itu katanya, mengangkat tema ‘Kepelbagai­an Pemikiran dan Bahasa Dalam Masyarakat’ kerana mereka dapati Sabah mempunyai 51 etnik yang membawa kepada kepelbagai­an bahasa yang ada di negeri ini.

“Hasrat murni kami adalah untuk mengetenga­hkan pengatahua­n psikolingu­istik ke dalam masyarakat Sabah yang boleh diaplikasi­kan dalam kehidupan seharian mereka.

“Masyarakat Sabah akan mendapat pengetahua­n tentang pemeroleha­n bahasa pertama kanak-kanak, pembelajar­an bahasa kedua, fenomena dwibahasa dan multibahas­a, modul rawatan bahasa selepas serangan strok, serta modul rawatan kanakkanak yang bermasalah pembelajar­an,” katanya dalam pada sidang media di IPG Kampus Gaya pada Rabu.

Jelas Noor Aina, seminar itu merupakan pentas perkongsia­n ilmu tentang penemuan baharu dalam amalan pengajaran dan pembelajar­an masa kini, di samping memantapka­n kegemilang­an pendidikan abad ke-21 hasil daripada pengalaman serta penyertaan institusi luar.

Beliau yang juga penerima Tokoh Anugerah Penghargaa­n Akademik Bahasa Melayu 2015 turut menjelaska­n IPG Kampus Gaya mempunyai bidangbida­ng tujahan yang berkait rapat dengan psikolingu­istik seperti bidang Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Bahasa Cina, Sejarah serta Pendidikan Jasmani dan Kesihatan.

 ??  ?? NOOR AINA
NOOR AINA
 ??  ?? NOOR Aina (dua dari kanan) bergambar kenangan bersama para pegawai kanan IPG Kampus Gaya.
NOOR Aina (dua dari kanan) bergambar kenangan bersama para pegawai kanan IPG Kampus Gaya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia