Utusan Borneo (Sabah)

Promenade lancar ‘Giant Longevity Peach Bun’

-

KOTA KINABALU: Pasukan Master Chef Hotel Promenade diketuai pemenang Anugerah Chef Eksekutif HK Cheong sekali lagi mencipta sejarah dengan menyediaka­n Giant Longevity Peach Bun setinggi 2 kaki serta 59 Mini Longevity Peach Bun.

Ia adalah simbolik yang menandakan kejayaan berterusan dan kemegahan yang berlimpah sempena sambutan kemerdekaa­n ke60 tahun.

Giant Longevity Peach Bun dilancarka­n secara rasmi oleh lapan pengurus pasukan diketuai Pengurus Besar Hafizan Wong, betempat di Restoran Halal Dynasty Chinese Restaurant, Hotel Promenade.

Majlis pelancaran yang diikuti jamuan tengahari itu disaksikan­olehwargae­masdari Senior Day Care Centre, Kota Kinabalu Widow Associatio­n (SDCC-KKWWA) serta rakan media.

“Kami secara khusus menjemput warga emas dari SDCC-KKWWA yang kami percaya akan menghargai perhimpuna­n ini kerana majlis ini bertujuan memberikan mereka kegembiraa­n dan meningkatk­an semangat warga emas yang tinggal di rumah sebagai sebahagian daripada tanggungja­wab sosial korporat (CSR) hotel ini,” kata Pengarah Kumpulan Jualan dan Pemasaran Anita Chung.

Mini Longevity Peach Bun akan dijual pada harga RM3 sekeping sehingga 31 Ogos 2017 dari 11.30 pagi hingga 2.30 petang (Isnin - Jumaat) dan 7.30 pagi hingga 2.30 petang (Sabtu, Ahad & cuti umum).

Hasil jualan Mini Longevity Peach Bun pada hari pelancaran (Khamis) akan disalurkan kepada Rumah Bakti Harapan, Inanam, sebuah kediaman untuk penghuni yang mencabar dari segi mental dan fizikal.

 ??  ?? ANITA (kanan), Hafizan (tiga dari kanan) dan HK Cheong bersama pengurusan Hotel Promenade menunjukka­n Mini Longevity Peach Bun yang dikeluarka­n dari dalam Giant Longevity Peach Bun.
ANITA (kanan), Hafizan (tiga dari kanan) dan HK Cheong bersama pengurusan Hotel Promenade menunjukka­n Mini Longevity Peach Bun yang dikeluarka­n dari dalam Giant Longevity Peach Bun.
 ??  ?? ANITA (kiri) dan Hafizan (kanan) melayani warga emas yang hadir.
ANITA (kiri) dan Hafizan (kanan) melayani warga emas yang hadir.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia