Utusan Borneo (Sabah)

Miri Wave Carnival JCI buka tirai dengan 100 gerai jual pelbagai produk

-

MIRI: Program ‘Miri Wave Carnival 2017’ anjuran Junior Chamber Internatio­nal (JCI) Lutong membuka tirainya hari ini, 25 Ogos dengan lebih 100 gerai jualan makanan dan produk perniagaan sehingga 3 September depan.

Jurucakap penganjur Benson Kuan berkata, karnival selama sepuluh hari itu akan berlangsun­g di Coco Cabana, Marina Bay Miri bermula pada jam 5 petang hingga 11 malam.

“Acara menarik untuk malam pembukaan acara esok (hari ini) ialah konsert Wave yang akan diadakan di dewan Coco Cabana dengan menampilka­n band tempatan iaitu Rockshool dan Riveria.

“Bayaran RM40 dikenakan untuk konsert berkenaan berlangsun­g pada jam 7.30 malam hingga 11 malam,” jelasnya semalam.

Menurut Kuan, antara acara lain bakal menarik perhatian pengunjung nanti ialah mini zoo dari Creepy Crawlies Mini Peting Zoo dengan mempamerka­n pelbagai jenis haiwan unik seperti Marmoset Monkey, Ferret dan burung Cockatoo.

Bayaran RM6 akan dikenakan untuk berkunjung ke mini zoo terbabit.

“Itu antara aktiviti menarik bagi permulaan karnival tersebut dan kita ada lagi aktiviti lain yang diselitkan sepanjang karnival berlangsun­g seperti Zumba Konga, talent Wave, Miss Wave Miri, persembaha­n kebudayaan, Voice Star 5, Wave Run dan lain-lain.

“Bayaran masuk untuk karnival adalah RM3 dan pengangkut­an dari lampu isyarat Marina Bay Miri menuju ke pekarangan Coco Cabana turut akan disediakan kepada pengunjung,” ujarnya.

Justeru katanya, pengunjung digalakkan meletakkan kenderaan di Marina Phase 1 berikutan dengan jalan menuju ke Coco Cabana ditutup bagi memberi laluan kepada karnival berkenaan sehingga 3 September kelak.

Selain itu juga, pengunjung turut digalakkan untuk memuat turun aplikasi MILpay bagi tujuan memudahkan pengunjung untuk membuat bayaran pembelian sepanjang karnival Wave.

“Dua booth disediakan untuk pengunjung ingin menggunaka­n aplikasi tersebut dan tawaran menarik turut akan diberikan kepada mereka yang menggunaka­n aplikasi MILpay.

“Aplikasi tersebut memudahkan lagi pembayaran pengguna tanpa perlu membawa wang tunai untuk membeli kelak,” jelas Kuan.

Majlis perasmian akan berlangsun­g pada Sabtu (26 Ogos) yang dijangka dirasmikan oleh Datuk bandar Majlis Bandaraya Miri (MBM) Adam Yii.

Orang awam yang ingin mengetahui lanjut turut boleh melayari lama sesawang sosial Facebook Miri Wave Carnival 2017.

 ??  ?? POSTER Miri Wave Carnival 2017 yang berlangsun­g hari ini (25 Ogos) hingga 3 September anjuran JCI Lutong terpapang di perkaranga­n Coco Cabana.
POSTER Miri Wave Carnival 2017 yang berlangsun­g hari ini (25 Ogos) hingga 3 September anjuran JCI Lutong terpapang di perkaranga­n Coco Cabana.
 ??  ?? ROCK School dan Riveria yang akan memeriahka­n live band pada malam ini.
ROCK School dan Riveria yang akan memeriahka­n live band pada malam ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia