Utusan Borneo (Sabah)

Sasaran capai keputusan cemerlang

900 murid hadiri Program Motivasi Inspirasi UPSR YaPIEM

- Oleh MOHD NAZIB MACPEE

LAHAD DATU: Kira-kira 900 orang terdiri murid sekolah rendah, guru dan ibu bapa menghadiri program Motivasi Inspirasi UPSR YaPIEM 2017 Peringkat Negeri Sabah yang diadakan di Dewan Sri Perdana, di sini pada Ahad.

Ketua Pengarah dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Yayasan Pembanguna­n Ekonomi Islam Malaysia (YaPIEM) Dato Abibullah Samsuddin ketika merasmikan program itu berharap murid-murid yang akan menempuhi peperiksaa­n UPSR pada tahun ini bakal memperoleh­i keputusan cemerlang 6A bagi kesemua matapelaja­ran diambil.

“Ini merupakan inspirasi YaPIEM yang dianjurkan pada tahun lepas dan diteruskan lagi pada tahun ini yang mana, kita telah memilih daerah ini sebagai program peringkat negeri Sabah dan kita fokuskan kepada pendidikan kerana seperti kita sedia maklum ekonomi hanya akan dapat berkembang maju sekiranya pendidikan dibangunka­n,” katanya.

Bagi tujuan itu, katanya, YaPIEM juga akan terus membantu dalam bidang pendidikan kanak-kanak agar tahap pendidikan mereka sentiasa terjamin dan berada pada landasan betul.

Terdahulu, wakil Pegawai Pendidikan Daerah Lahad Datu, Suharpi Lasuddang dalam ucapannya berkata, kejayaan program itu adalah hasil usaha dan kerjasama semua guru besar daerah ini dengan sokongan Pejabat Pendidikan Daerah Lahad Datu.

Beliau merakamkan penghargaa­n dan ucapan terima kasih di atas kesudian pihak YaPIEM menganjurk­an program seumpamany­a selain berharap ia akan mencetuska­n semangat yang tinggi dalam kalangan muridmurid sekolah untuk mencapai kecemerlan­gan dalam peperiksaa­n UPSR itu nanti.

“Saya berharap program ini memberikan impak besar kepada murid-murid di sini, sekaligus menaikkan prestasi UPSR pada tahun ini, selain dapat melahirkan penghargaa­n kepada semua pemimpin masyarakat yang begitu prihatin terhadap kemajuan pendidikan anak-anak,” katanya.

Sementara itu, Penolong Pegawai Daerah Lahad Datu (Bahagian Pentadbira­n) Juraimin Hj Jadil berkata, tanggungja­wab mendidik anak-anak bukan terletak di bahu guru semata-mata, malah ibu bapa juga berperanan dan seharusnya mengambil berat akan kemajuan pendidikan anak mereka.

Ia kerana, ibu bapalah yang seharusnya memainkan peranan penting dalam memastikan serta membimbing hala tuju anak-anak dalam pendidikan mereka pada masa hadapan kelak.

“Justeru, saya ingin mengambil kesempatan untuk menasihatk­an murid-murid yang hadir supaya dapat merebut peluang menerusi penganjura­n program ini sekaligus dapat melanjutka­n pembelajar­an di sekolah yang terbaik dalam daerah ini,” katanya.

Pada majlis itu, Ahli Dewan Undangan Negeri Lahad Datu Datuk Yusof Apdal menyumbang­kan dana sebanyak RM5,000 kepada Majlis Guru Besar Daerah Lahad Datu.

Hadir sama Yang Dipertua Majlis Guru Besar Daerah Lahad Datu Alimin Sarip.

Saya berharap program ini memberikan impak besar kepada murid-murid di sini, sekaligus menaikkan prestasi UPSR pada tahun ini, selain dapat melahirkan penghargaa­n kepada semua pemimpin masyarakat yang begitu prihatin terhadap kemajuan pendidikan anak-anak. DATO ABIBULLAH SAMSUDDIN Ketua Pengarah dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Yayasan Pembanguna­n Ekonomi Islam Malaysia (YaPIEM)

 ??  ?? JURAIMIN (dua kiri) menyampika­n sumbangan kepada Alimin (dua kanan) sambil diperhatik­an oleh Abibullah (tengah).
JURAIMIN (dua kiri) menyampika­n sumbangan kepada Alimin (dua kanan) sambil diperhatik­an oleh Abibullah (tengah).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia