Utusan Borneo (Sabah)

650 jemaah haji Malaysia rasai pengalaman menaiki MMMSL

-

MAKKAH: Sejumlah 650 jemaah haji Malaysia di Tanah Suci berpeluang merasai pengalaman menaiki tren haji, Al Mashaaer Al Mugaddassa­h Metro Southern Line (MMMSL) yang dikendalik­an syarikat Prasarana Malaysia Bhd (Prasarana) di sini pada Rabu.

Pengalaman menaiki tren yang diiktiraf sebagai sebagai yang paling padat dan tersibuk di dunia itu diperoleh apabila mereka terlibat menjayakan simulasi keselamata­n tren itu, yang dilakukan Prasarana menjelang operasi sebenar bermula 29 Ogos ini.

Rata-rata mereka melahirkan rasa gembira dengan pengalaman itu dan kagum dengan kemampuan syarikat dari tanah air mengendali­kan perkhidmat­an tren yang amat penting itu semasa musim haji.

Jemaah haji, Abdul Yuzin Md Yassin berkata pengalaman menaiki tren itu cukup menggembir­akan kerana beliau dapat merasai sendiri pengangkut­an yang diuruskan oleh rakyat Malaysia di Tanah Suci itu.

Katanya walaupun perkhidmat­an tren seumpama itu terdapat di Malaysia, namun peluang merasai menaiki pengangkut­an itu di Tanah Suci amat bermakna.

“Saya amat teruja dan tumpang gembira dengan kejayaan anakanak Malaysia di Arab Saudi mengendali­kan tren ini dan ia bukan hanya sumbangan terhadap syarikat Prasarana tetapi juga kepada negara,” katanya.

Abdul Wahid Sulaiman pula berkata beliau amat kagum kerana tren MMMSL bukan sahaja dikendalik­an syarikat negara, tetapi turut diterajui oleh seorang wanita dari Malaysia.

Beliau berkata kemampuan Ketua Pegawai Eksekutif Prasarana Integrated Management & Engineerin­g Services (PRIME) Masnizam Hisham yang bertanggun­gjawab terhadap operasi tren itu adalah sesuatu yang membanggak­annya sebagai rakyat Malaysia.

“Saya merasa amat bangga kerana seorang wanita dari Malaysia menerajui operasi tren yang amat besar dan penting di Arab Saudi,” katanya.

Sementara itu, pengendali pakej haji dan umrah Datuk Md Daud Che Ngah berkata Prasarana yang mengendali­kan tren itu sejak 2015 telah mempamerka­n prestasi yang amat baik, sekali gus mencermink­an kemampuan syarikat negara dalam menguruska­n sesuatu projek atau operasi besar pada peringkat antarabang­sa.

“Saya berdoa supaya kerajaan Arab Saudi akan menyambung khidmat Prasarana untuk mengendali­kan tren itu kerana sejak 2015 syarikat itu telah berjaya menguruska­nnya dengan baik,” katanya.

Tren MMMSL akan beroperasi selama tujuh hari, khusus untuk musim haji bermula pada 29 Ogos ini dan dijangka akan membawa kira-kira 350,000 jemaah antara sembilan stesennya yang menghubung­kan Arafah, Muzdalifah dan Mina.

Berikutan kedudukan khemah jemaah haji di kawasan Tanah Suci Mekah yang telah ditetapkan berdasarka­n lokasi negara, hanya jemaah dari Timur Tengah dan Asia Selatan seperti India, Pakistan, Bangladesh dan Sri Lanka yang berpeluang menggunaka­n perkhidmat­an tren tersebut.

Kedudukan khemah jemaah Malaysia pula terlalu jauh, tidak kurang dari 8km berjalan kaki untuk sampai ke stesennya. untuk menggunaka­n perkhidmat­an MMMSL, mungkin terpaksa berjalan kaki tidak kurang 8km untuk sampai ke stesennya. Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia