Utusan Borneo (Sabah)

Galak sumbangan wakaf: Juhari

Untuk pembanguna­n masjid kawasan masing-masing

- Oleh YUSOP TEPPO

KINABATANG­AN: Umat Islam khususnya yang berkemampu­an digalakkan memberikan sedikit sumbangan wakaf kepada pembanguna­n masjid di kawasan masing-masing.

Presiden Persatuan Bangsa Sungai Sabah (Sabas) Kolonel (K) Dato’ Juhari Haji Janan berkata walaupun hanya sedikit wang diwakafkan kepada masjid, namun ia sudah menambah pahala kepada setiap penyumbang atau penderma berkenaan.

“Tidak salah kalau ada duit lebih kita belanjakan untuk perkara yang membawa manfaat, khususnya untuk mengimarah dan mem- bangunkan masjid. Kita sama-sama mengimarah dan membangunk­an rumah Allah ini, bukan kita roboh. Kalau kita roboh pun dibangun semula, itu adalah perkara yang baik.

“Saya berharap semoga pembinaan masjid ini dapat berjalan dengan lancar. Saya pun akan berusaha membantu agar ia terlaksana, dan mungkin saya akan usahakan untuk mendapatka­n bantuan zink, simen dan sebagainya,” katanya.

Juhari berkata demikian pada majlis pelancaran Sijil Wakaf dan Tabung Khas pembinaan masjid baharu AlHilal, Batu 6, Bukit Garam di sini pada Sabtu.

Pembinaan masjid baharu itu bukan sahaja dapat menampung jemaah yang semakin bertambah dari hari ke hari, malah beliau berharap ia dapat menjadi pusat perkembang­an ilmu khususnya dalam kalangan golongan belia.

“Dengan siapnya masjid baharu ini kelak, diharap ia memberi keselesaan kepada penduduk setempat dan para jemaah untuk menunaikan ibadah.

“Selain itu juga, saya berharap penduduk setempat serta golongan belia khususnya memanfaatk­an masjid ini dengan mengadakan program-program keagamaan serta aktiviti yang sihat dan membawa manfaat,” katanya.

Dalam pada itu, Juhari juga menjelaska­n masih banyak masjid dan surau memerlukan peruntukan khususnya di Sabah.

“Alhamdulil­lah, perkara ini akan diambil perhatian oleh Timbalan Perdana Menteri (Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi).

“Saya sentiasa membantu dan berusaha untuk mendapatka­n peruntukan. Malah sampai ke hari ini pun saya masih berurusan dengan pegawai khas projek Timbalan Perdana Menteri untuk berhubung mengenai keperluan peruntukan,” katanya.

Sementara pada majlis itu juga, Juharituru­tmewakafka­n sebanyak RM3,000 kepada masjid iaitu masing-masing RM1,000 bagi pihak allayarham ayah beliau, allahyarha­mah ibu beliau dan dirinya sendiri.

Tidak salah kalau ada duit lebih kita belanjakan untuk perkara yang membawa manfaat, khususnya untuk mengimarah dan membangunk­an masjid. Kita sama-sama mengimarah dan membangunk­an rumah Allah ini, bukan kita roboh. Kalau kita roboh pun dibangun semula, itu adalah perkara yang baik. DATO’ JUHARI HAJI JANAN Presiden Persatuan Bangsa Sungai Sabah (Sabas) Kolonel (K)

 ??  ?? JUHARI bersama yang lain selepas melawat tapak pembinaan masjid baharu Al-Hilal, Bukit Garam.
JUHARI bersama yang lain selepas melawat tapak pembinaan masjid baharu Al-Hilal, Bukit Garam.
 ??  ?? TAPAK pembinaan masjid baharu Al-Hilal, Batu 6, Bukit Garam.
TAPAK pembinaan masjid baharu Al-Hilal, Batu 6, Bukit Garam.
 ??  ?? JUHARI menyempurn­akan pelancaran Sijil Wakaf dan Tabung Khas pembinaan masjid baharu Al-Hilal.
JUHARI menyempurn­akan pelancaran Sijil Wakaf dan Tabung Khas pembinaan masjid baharu Al-Hilal.
 ??  ?? JUHARI merakam gambar bersama sebahagian yang hadir pada majlis itu.
JUHARI merakam gambar bersama sebahagian yang hadir pada majlis itu.
 ??  ?? JUHARI berucap pada majlis berkenaan.
JUHARI berucap pada majlis berkenaan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia