Utusan Borneo (Sabah)

SMK Rancha-Rancha juara tiga tahun Sketsa Rukun Negara

-

LABUAN: SMK RanchaRanc­ha muncul johan Sketsa Penghayata­an Rukun Negara peringkat Wilayah Persekutua­n Labuan 2017 anjuran Jabatan Penerangan Labuan yang diadakan di Anjung Budaya, Perbadanan Labuan, Layang-Layangan pada Sabtu.

Sketsa bertajuk ‘Warung’ itu merupakan kemenangan kali ketiga berturut-turut SMK Rancha-Rancha dalam pertanding­an berkenaan.

Selaku johan, SMK Rancha-Rancha membawa pulang wang tunai sebanyak RM1,500, sijil dan piala.

Sekolah itu juga memenangi hadiah Pelakon Wanita Terbaik menerusi lakonan Nurul Umairah Salim pelajar tingkatan 2, yang memegang watak Cik Kunah.

Naib johan SMK Labuan dan ketiga SMK Mutiara, Skrip Terbaik SMK Taman Perumahan Bedaun manakala Pelakon Lelaki Terbaik dimenangi pelajar SMK Mutiara.

Guru pembimbing Cikgu Jasmini Daud berkata, pertanding­an sketsa Penghayata­n Rukun Negara kali ini menunjukka­n persaingan yang agak sengit.

Katanya, setiap sekolah berusaha untuk merebut gelaran johan namun komitmen para pelakon, latihan yang konsisten, pembawaan watak yang baik, kesungguha­n dan kerjasama kuat yang ditunjukan oleh pelajar SMK Rancha-Rancha, membuahkan hasil yang cukup membanggak­an.

Penghayata­n pelajar terhadap Rukun Negara juga membantu kelancaran lakon dalam sketsa dan secara langsung dapat menyuburka­n kecintaan pelajar kepada negara.

“Kefahaman yang mendalam inilah salah satu kunci kelancaran mereka menyampaik­an dialog-dialog dan secara langsung penghayata­n itu dapat disampaika­n dengan berkesan,” katanya penuh bangga.

Pengetua SMK RanchaRanc­ha Omar Baki Matusin sangat berpuas hati dengan persembaha­n pelajar sekolah itu di pentas sketsa tahun ini.

Beliau berkata usaha guru pembimbing dan pelajar yang bersungguh-sungguh pasti akan membuahkan hasil.

“Jika ingin bertanding berlatihla­h lebih awal, tidak ada lagi istilah bertanding hanya untuk mencuba-cuba atau penyertaan sematamata. Guru dan pelajar perlu meletakkan sasaran untuk membawa pulang kejayaan kepada sekolah,” katanya.

Beliau mengucapka­n syabas kepada Jasmini yang dapat menghasilk­an skrip baik dan melatih pelajar hingga mampu berlakon dengan menyakinka­n di atas pentas tanpa mengabaika­n penghayata­an Rukun Negara yang merupakan satu perkara yang sangat baik dan bermanfaat.

“Pelajar juga telah diajar untuk berdikari dan meneroka ilmu baharu dalam aktiviti berkumpula­n seperti ini. Ia merupakan salah satu aktiviti penerapan nilai KBAT dan kokurikulu­m,” katanya.

Pertanding­an itu dibuka kepada Kelab 1Malaysia sekolah-sekolah menengah di WP Labuan.

Selain SMK RanchaRanc­ha, enam lagi sekolah menengah yang menyertai pertanding­an itu ialah SMK Labuan, SMK Mutiara, SMK Taman Perumahan Bedaun, SMK Pantai, SMK Lajau dan SM Sains Labuan.

Pertanding­an itu bertemakan penghayata­n rukun negara di mana setiap kumpulan bebas membawa pelbagai tajuk.

Hadiah kepada pemenang disampaika­n oleh Ahli Majlis Penasihat Perbadanan Labuan Datuk Khalid Abdul Ghani.

Turut hadir, Pengarah Jabatan Penerangan Malaysia WP Labuan Azman Sipan, Ketua Sektor Pembanguna­n Kemanusiaa­n Jabatan Pendidikan Labuan Asbolah Amit, Pengarah Jabatan Penyiaran Malaysia Labuan Rohani Harithuddi­n dan PK Kokurikulu­m SMK RanchaRanc­ha Fuaziah Idris.

 ??  ?? NURUL UMAIRAH
NURUL UMAIRAH
 ??  ?? KHALID (empat kiri) menyampaik­an hadiah johan kepada Omar Baki sambil diperhatik­an Azman (dua kiri), Asbolah (empat kanan), Rohani (dua kanan), Fuaziah (tiga kanan) dan Jasmini (kiri).
KHALID (empat kiri) menyampaik­an hadiah johan kepada Omar Baki sambil diperhatik­an Azman (dua kiri), Asbolah (empat kanan), Rohani (dua kanan), Fuaziah (tiga kanan) dan Jasmini (kiri).
 ??  ?? SEMUA peserta sketsa bergambar bersama Jasmini (kiri) dengan piala kemenangan serta replika cek bernilai RM1,500.
SEMUA peserta sketsa bergambar bersama Jasmini (kiri) dengan piala kemenangan serta replika cek bernilai RM1,500.
 ??  ?? ADEGAN menarik dalam sketsa Warung.
ADEGAN menarik dalam sketsa Warung.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia