Utusan Borneo (Sabah)

RTM saji pengisian istimewa Hari Raya Aidiladha ini di TV1

-

ISTIMEWA sambutan Aidiladha ini, Radio Televisyen Malaysia (RTM) membawakan programpro­gram khas sarat pengertian perayaan yang disambut seluruh umat Islam ini pada 1 September ini bersamaan tanggal 10 Zuhijjah 1438 Hijrah.

Multi program dijanjikan RTM mengisi saluran TV1 sepanjang sambutan perayaan bagi memperinga­ti kisah pengorbana­n Nabi Ibrahim dalam menunaikan perintah Allah dan kesabaran anaknya Nabi Ismail dalam memenuhi perintah Allah S.W.T. ini.

Mengharapk­an perkongsia­n program-program khas yang diatur RTM ini bakal memberikan manfaat kepada semua, siaran khas menerusi TV1 seperti lazimnya bermula dengan Siaran Langsung Solat Sunat Aidiladha pada jam 8.00 pagi.

Kepada penonton yang mengikuti drama bersiri khas Ramadan bertajuk ‘Baitul Rahmat’ yang pernah mendapat sambutan hangat penonton TV1, ikuti kesinambun­gannya dalam siri khas ‘Baitul Rahmat’, enam episod disiarkan mulai 28 Ogos ini hingga 3 September ini, jam 7.00 malam.

Ia menampilka­n pelakon Ku Fridah, Nadia Brian, Hafidz Rosdi, Roslan Salleh, Kismah Johar, Mak Wan dan ramai lagi.

TV1 seterusnya menyiarkan empat telemovie khas bertajuk ‘Ke Pintu Kaabah’ pada 1 September, jam 10.00 malam, ‘Aku Tak Sesat’ (2 September, jam 10.00 malam), ‘Antara Dua Hari Raya’ (3 September, jam 3.05 petang) dan ‘Manja’ (3 September , jam 10.00 malam).

‘Ke Pintu Kaabah’ lakonan Catriona Ross, Tisha Samsir, Izzue Islam, Kuna Muzani, Mustapha Kamal, Z.Zamrie dan Assi Ismail mengisahka­n kesungguha­n Som, seorang ibu tunggal dan anaknya, Dila berusaha berniaga untuk mengumpuka­n modal bagi menunaikan Haji.

Menerusi ‘Aku Tak Sesat’ ikuti kisah kepulangan Adha ke kampung yang telah dipandang serong oleh sebilangan besar orang kampung kerana kerjayanya sebagai komposer muzik metal. Adha dianggap sesat kerana berkecimpu­ng dalam dunia muzik metal.

Ia dibintangi pelakon Hasnol Rahmat, Balqish Semundur Khan, Redzuan Adha, Syed Ali, Maimunah Ahmad, Fadhil Dani dan Rosnizam Zakaria.

Tidak kurang menariknya pengisian telemovie ‘Antara Dua Hari Raya’ lakonan Fizz Fairuz, Zamarul Hisham, Zarina Zainoordin, Sabhi Sadhi dan Khaty Aziah tentang pengorbana­n dilakukan Rafidi namun dibalas dengan pengkhiana­tan sahabatnya Latif yang mengakibat­kan Rafidi bukan sahaja menerima hukuman sebaliknya turut kehilangan cintanya.

Memaparkan kisah Manja yang mencintai seorang gadis berlainan agama di mana dia berusaha memikat gadis itu walaupun tidak mempunyai kerja.

Usaha Manja untuk bersaing dengan lelaki mewah yang menjadi pilihan Leela berakhir dengan penemuan sindiket pemerdanga­ngan manusia. Drama ‘Manja’ ini dibintangi oleh Afiq Muiz, Niena Baharun, Danielle Sya, Iqram Dinzly dan Ipin Yusuf.

Dokumentar­i terbitan JAKIM bertajuk ‘Korban Kasih’ pada 1 September ini, jam 12.30 tengah hari yang memaparkan kisah perjalanan hidup anak yatim piatu sekelip mata sejak kecil hingga dewasa. Ikuti perjalanan dua kisah kemalangan tragis yang meragut nyawa-nyawa orang tersayang, dan sekelip mata menukar status anak-anak menjadi yatim piatu.

Hari sama jam 3.05 petang saksikan hiburan kerohanian, ‘Hidayah’ terbitan Unit Hiburan TV menampilka­n persembaha­n daripada Aizat Amdan, Datuk Tarmimi Siregar, Azlan & The Typewriter, Ezad Lazim, Lan Kristal, Tasha Mansahar dan Dato’ Ramli Sarip serta ikuti Alif Hadi, Johan As’ari, Redza Rosli dan Azrel Ismail mendekati golongan gelandanga­n di sekitar bandaraya Kuala Lumpur.

Diikuti program ‘Cinta Raudhah’ pada 3 September ini, jam 10.05 pagi pengisian kerohanian oleh barisan artis Wanie feat Juzzthin, Ainan Tasneem, Afad, Yassin & Brothers, Nizam Laksamana, Lan Kristal, Amir Jahari dan penampilan istimewa Ustaz Nabil, Datuk Rahim Razali dan Dai Fuad.

Bagi mereka yang tidak sempat untuk menonton di TV, mereka berpeluang menontonny­a menerusi portal online, Myklik (myklik.rtm.gov.my). Rancangan ini juga dapat ditonton melalui rtm mobile. Muat turun aplikasiny­a di Google Play dan App Store.

 ??  ?? BABAK dalam telemovie ‘Ke Pintu Kaabah’.
BABAK dalam telemovie ‘Ke Pintu Kaabah’.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia