Utusan Borneo (Sabah)

AF Megastar himpun bekas juara, bintang ‘favourite’ AF

Imbas kembali detik menarik rancangan

-

S

UKA atau tidak, harus diakui bahawa pengaruh dan populariti kebangkita­n program realiti khususnya jenama ‘Akademi Fantasia’ atau ‘AF’ sukar dinafikan.

Dilihat sebagai permulaan segala-galanya dan cukup tepat untuk diangkat sebagai perintis kepada evolusi penerbitan program hiburan di negara ini, jenama AF masih kekal utuh di hati peminat seni tanah air walaupun sudah bersiaran selama 13 musim sebelum ini.

Bertitik tolak pada kemasyhura­n AF setelah sekian lama, Astro mengorak langkah menghimpun­kan semula bintang-bintang program itu dalam edisi khas ‘AF Megastar’ yang bertujuan mengembali­kan semula momen-momen manis yang pernah dilalui suatu masa dahulu.

Mengulas lanjut tentang penerbitan edisi khas ini, Ketua Saluran Melayu Astro, Raqim Ahmad dalam satu kenyataan berkata , bermula sebagai sebuah program pencarian bakat berkonsepk­an program realiti yang menzahirka­n impian dan keinginan anak muda untuk bergelar bintang, pengaruh jenama ‘AF’ terbukti berjaya mengubah senario industri hiburan tempatan setelah mencetuska­n gelombang fenomena luar biasa apabila kali pertama ia diperkenal­kan lebih sedekad yang lalu.

Ketika musim pertama diterbitka­n sekitar tahun 2003 katanya, tiada siapa pernah menyangka bahawa ia akan menjadi ledakan kuat dan meninggalk­an impak luar biasa sehingga demamnya merebak ke seluruh negara sehingga hari ini.

“Kembali membawa kuasa fantasi, penganjura­n musim terbaharu dengan edisi khas yang pastinya lebih berprestij ini menyaksika­n beberapa pembaharua­n yang ditambah baik diperkenal­kan untuk memastikan kandungan program ini kekal relevan dan sentiasa segar selari mengikut peredaran semasa sekaligus memberi pengalaman baru kepada peminat setia ‘AF’.

“Format asal juga dirombak kerana kesemua bintang bukan lagi penyanyi amatur tetapi sudah menempa nama dalam persada seni,” katanya dalam satu kenyataan, semalam.

Beliau berkata, untuk edisi khas ini, para bintang tidak lagi perlu dikuaranti­n dan dibantu daripada segi persiapan untuk persembaha­n mingguan dan sebaliknya, mereka diberi kebebasan penuh untuk berkarya secara kreatif mengikut citarasa dan haluan muzik masingmasi­ng berdasarka­n tema mingguan yang ditetapkan oleh pihak produksi.

Seramai lapan orang bekas juara AF telah mengesahka­n penglibata­n mereka iaitu Zahid (AF2), Faizal Ramly (AF4), Mila Jirin (AF5), Shahir (AF8), Faizul Sany (AF2013), Firman (AF 2014), Sufi Rashid (AF2015) dan Amir (AF2016).

Manakala 16 orang peserta ‘favourite’ yang disenarai pendek ialah Rosma (AF1), Bob (AF2), Adam (AF2), Anding (AF2), Marsha Milan (AF3), Amylea (AF3), Idayu (AF3), Nubhan (AF6), Aril Pilus (AF7), Adira (AF8), Amir Jahari (AF9), Azhar (AF2013), Indah Ruhaila (AF2013), Ewal (AF2014), Syamel (AF2015) dan Ara (AF2016).

Umpama sirih pulang ke gagang, ‘AF Megastar’ juga bakal menyaksika­n kepulangan pengacara yang begitu sinonim dengan keluarga AF iaitu Datuk Aznil Haji Nawawi atau Pak Nil untuk mengemudik­an edisi khas ini.

Rangkaian program ‘AF Megastar’ akan mula bersiaran secara eksklusif menerusi saluran Astro Ria (104) dan Ria HD (123) serta boleh dinikmati di aplikasi Astro Go dan perkhidmat­an ‘on demand’.

Klip sedutan persediaan dan trivia para bintang dapat ditonton melalui liputan kapsul ‘Studio AF Megastar’ pada setiap hari Isnin hingga Jumaat, jam 10.55 malam bermula pada 28 Ogos 2017.

Kompilasi liputan kapsul dan pengisian versi lanjutan atau ‘extended version’ pula akan ditayangka­n menerusi ‘Studio AF Megastar Plus’ pada setiap hari Sabtu, jam 9.00 malam bermula 2 September 2017.

Selama lapan minggu, program ‘AF Megastar’ akan disiarkan secara langsung dari Royal Theater, Shah Alam.

Program ‘Spotlight AF Megastar’ akan menyiarkan sorotan eksklusif serta rumusan tentang konsert yang bakal menjelang sejurus sebelum bermulanya konsert mingguan setiap Ahad, jam 8.30 malam mulai 3 September ini.

Dua pusingan ‘Konsert AF Homecoming’ untuk mengenal pasti calon bintang yang bakal berentap di pentas utama akan disiarkan jam 9.00 malam pada 3 dan 10 September 2017 diikuti dengan enam buah lagi konsert mingguan ‘AF Megastar’ pada hari dan waktu yang sama bermula 17 September 2017.

Nasib bintang ‘AF Megastar’ akan diadili berdasarka­n sistem pemarkahan 60% oleh juri profesiona­l. Manakala 40% lagi akan ditentukan berdasarka­n undian penonton atau AFUNDI menerusi kiriman sistem pesanan ringkas (SMS) dan secara ‘online’ di laman web rasmi www.afmegastar.com. my.

Bintang yang mendapat markah paling rendah pada setiap minggu akan disingkirk­an. Talian untuk menghantar­kan undian akan mula dibuka sejurus tamat ‘Konsert AF Homecoming’ di pusingan yang kedua, iaitu pada 10 September 2017 jam.

Cara-cara untuk mengundi akan diumumkan dari semasa ke semasa.

Juara ‘AF Megastar’ bakal membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah RM100,000 beserta trofi sumbangan Astro serta hadiah sampingan lain yang akan diumumkan kemudian.

‘AF Megastar’ dibawakan oleh vivo dan D’Herbs sebagai Penaja serta Go Shop sebagai Penaja Hadiah

Sampingan.

 ??  ?? SEKALI LAGI: Barisan juara dan peserta pilihan ‘AF’ yang akan berentap sekali lagi dalam edisi khas ‘AF Megastar’.
SEKALI LAGI: Barisan juara dan peserta pilihan ‘AF’ yang akan berentap sekali lagi dalam edisi khas ‘AF Megastar’.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia