Utusan Borneo (Sabah)

Nekad masuk rumah

Lelaki rentung selepas dipercayai terperangk­ap dalam kebakaran kediaman di tingkat tiga bangunan kedai.

-

“Mangsa telah dihalang oleh beberapa orang awam di tempat kejadian, namun tidak diendahkan­nya dan terus berlari masuk ke dalam rumahnya yang terletak di tingkat tiga bangunan kedai itu. AHLI KELUARGA MANGSA

KUCHING: “Hanya dia sendiri yang tahu kenapa berdegil merempuh masuk ke dalam rumahnya itu, walaupun sedar bahaya menanti,” demikian menurut seorang ahli keluarga kepada peguam yang rentung dalam satu kebakaran di Jalan Ang Cheng Ho di sini, malam Selasa.

Menurutnya, mangsa Kiong Chiew Huat, 66, telah dihalang oleh beberapa orang awam di tempat kejadian, namun tidak diendahkan­nya dan terus berlari masuk ke dalam rumahnya yang terletak di tingkat tiga bangunan kedai itu.

Tindakan mangsa itu bagaimanap­un memerangka­p dirinya apabila dia dipercayai lemas akibat asap tebal dan ditemui rentung dalam keadaan terbaring di ruang tamu rumahnya dalam kejadian sekitar jam 8.40 malam Selasa.

“Dia tinggal seorang diri dan kami difahamkan semasa kejadian, dia tidak berada di rumah tetapi bergegas pulang selepas dimaklumka­n mengenai kebakaran itu dan terus meluru masuk walaupun dihalang.

“Tidak diketahui apa barang yang hendak diselamatk­annya sehingga dia sanggup menggadai nyawanya,” katanya ketika ditemui melawat tempat kejadian, pada Rabu.

Tambahnya, rumah kedai itu dibeli olehnya bersama mangsa yang merupakan anak bongsu dalam keluargany­a pada tahun 1978.

“Bangunan kedai ini dibeli bersama-sama dan dia (mangsa) menggunaka­n tingkat dua sebagai pejabat firma guamannya dan tingkat tiga sebagai rumah kediaman,” katanya yang turut memberitah­u tingkat bawah disewakan kepada orang lain.

Penolong Pengarah Operasi Negeri Bomba Sarawak Tiong Ling Hii yang turut hadir di lokasi kejadian berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian pada jam 8.46 malam dan tiba di lokasi pada jam 8.54 malam.

“Kebakaran melibatkan sebuah kediaman di tingkat tiga sebuah bangunan kedai yang telah terbakar sepenuhnya dan hasil pemeriksaa­n di dalam bangunan menemui mangsa di ruang tamu yang disahkan meninggal dunia oleh polis,” kata Tiong.

Tambahnya, operasi tamat sepenuhnya pada jam 10.40 malam dengan kekuatan seramai 13 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuching serta 10 anggota dari BBP Batu Lintang.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuching ACP Abang Ahmad Abang Julai berkata, mayat mangsa telah dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Umum Sarawak (HUS) untuk bedah siasat dan kes setakat ini diklasifik­asikan sebagai mati mengejut (FR/SDR).

“Siasatan awal mendapati tiada unsur jenayah dan kebakaran dipercayai berpunca daripada lintar pintas.

“Saksi di tempat kejadian juga memberitah­u mangsa meluru masuk ke dalam bangun anyang sedang terbakar walaupun dilarang untuk berbuat demikian,” katanya yang turut memberitah­u siasatan lanjut masih dijalan.

 ??  ?? ANGGOTA polis mengusung mayat mangsa dari tempat kejadian untuk dihantar ke HUS.
ANGGOTA polis mengusung mayat mangsa dari tempat kejadian untuk dihantar ke HUS.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia