Utusan Borneo (Sabah)

Dokumen London dibincang bersama

Dibincang dahulu sebelum rundingan mengenai autonomi Sarawak dengan Perdana Menteri dilakukan

-

KUCHING: Dokumendok­umen mengandung­i perubahan status Sarawak yang ditemui di London barubaru ini akan dibincangk­an dalam kalangan parti komponen Barisan Nasional (BN) Sarawak terlebih dahulu sebelum rundingan mengenai autonomi Sarawak dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dilakukan.

Perkara itu dinyatakan Ketua Menteri Datuk Amar Abang Johari Tun Abang Openg pada sidang media selepas menyempurn­akan Majlis Perasmian Seminar dan Forum Kecemerlan­gan Perniagaan 2017 anjuran Perbadanan Produktivi­ti Malaysia (MPC) di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK) pada Rabu.

Hadir sama Pengerusi MPC Tan Sri Azman Hashim dan Ahli Lembaga Pengarah MPC Datuk Abang Abdul Karim Tun Abang Openg.

Abang Johari menegaskan, buat masa ini kerajaan negeri tidak perlu merujuk perkara itu terus kepada Najib.

“Kita perlu berbincang dalam kalangan kita dahulu bersama parti komponen BN bagi menentukan langkah seterusnya harus diambil.

“Selepas itu, saya akan berbincang dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak kerana isi ini sangat rumit dan kita mesti membina hubungan yang baik,” ujarnya.

Abang Johari turut menjelaska­n bahawa Najib sebagai seorang pemimpin yang berfikiran terbuka, sentiasa mengalu-alukan rundingan dengan kerajaan negeri berhubung isu autonomi.

“Kita harus menghargas­i (sikap) keterbukaa­n beliau (Najib). Jadi sebaik kita telah mengumpul semua fakta diperlukan, beliau (Najib) akan menelitiny­a.

“Sebelum ini beliau (Najib) pernah berkata, hak Sarawak adalah milik Sarawak dan beliau akan menyerahka­nnya semula kepada Sarawak,” katanya.

Abang Johari berkata demikian apabila ditanya sama ada beliau akan mengadakan pertemuan dengan Najib untuk membincang­kan isu berkenaan ekoran penemuan dokumen-dokumen baharu danpenting mengenai Sarawak serta penubuhan Malaysia oleh sepasukan peguam negeri ini yang diketuai Menteri Muda di Pejabat Ketua Menteri (Undang-Undang, Hubungan Negeri dan Persekutua­n dan Pemantauan Projek) Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali di London Julai lalu.

Beliau turut memberitah­u bahawa kumpulan peguam negeri tidak perlu ke London semula untuk mengumpul lebih banyak lagi dokumen berkaitan daripada British National Archive seperti dimaklumka­n Sharifah Hasidah menerusi satu kenyataan akhbar baru-baru ini.

“Tidak perlu kunjungan semula ke London kerana kita sudah menjalinka­n hubungan dengan Commonweal­th Library dan Archive di Marlboroug­h House London,” jelasnya.

Tambahnya pasukan peguam negeri membawa balik dokumen-dokumen berkaitan pernubuhan Malaysia seperti KertasKert­as Kabinet Kerajaan Britain berhubung laporan Suruhanjay­a Cobbold dan pandangann­ya mengenai kemerdekaa­n Sarawak menerusi penubuhan Persekutua­n Malaysia baharu serta banyak lagi.

“Banyak perkara baharu bagi kita. Oleh sebab itu kita tidak boleh bergantung kepada katakata pembangkan­g yang hanya memperoleh lebih banyak maklumat daripada internet.

“Kita lebih pintar daripada pembangkan­g,” ujarnya.

Mengenai isu pelantikan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) dan ahli lembaga Syarikat Petroleum Sarawak (Petros), Abang Johari berkata belum tiba masanya untuk beliau membuat pengumuman berhubung perkara itu.

“Saya berjanji akan umumkan dalam tempoh seminggu. Hari ini (Rabu) baharu Rabu,” katanya dengan nada berseloroh.

Ditanya sama ada CEO Lembaga Pelabuhan Bintulu Berhad Datuk Mohammad Medan Abdullah antara ahli lembaga Petros yang akan dilantik, beliau berkata: “Saya tidak tahu…anda (media) tunggu sahaja.”

Abang Johari juga memberitah­u bahawa Presiden dan CEO Unit Pengurusan Prestasi dan Pelaksanaa­n (Pemandu) Datuk Seri Idris Jala bukan antara ahli lembaga Petros yang akan dilantik.

Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu sebelum ini menyatakan beliau tidak berminatda­n mahumem fokus kepada Pemandu.

“Sebelum ini saya telah mengatakan, ada lima ahli lembaga pengarah dan kesemua yang akan dilantik nanti adalah rakyat Sarawak yang mempunyai pengalaman dalam industri minyak dan gas,” katanya.

 ??  ?? Kita perlu berbincang dalam kalangan kita dahulu bersama parti komponen BN bagi menentukan langkah seterusnya harus diambil. Selepas itu, saya akan berbincang dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak kerana isi ini sangat rumit dan kita mesti...
Kita perlu berbincang dalam kalangan kita dahulu bersama parti komponen BN bagi menentukan langkah seterusnya harus diambil. Selepas itu, saya akan berbincang dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak kerana isi ini sangat rumit dan kita mesti...

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia