Utusan Borneo (Sabah)

Budak hidap masalah pernafasan perlu bantuan kewangan

-

MIRI: Anggota keluarga Claudyea Ericka Yanna memohon bantuan kewangan daripada orang ramai bagi menampung perbelanja­an perubatan kanak-kanak itu.

Menurut neneknya, Sarinah Mat, 41, Claudyea dimasuk ke Unit Pediatrik Hospital Miri kerana mengalami masalah pernafasan akibat jangkitan paru-paru serta memerlukan tangki oksigen.

“Cucu saya keluar masuk hospital sebanyak tiga kali akibat kesukaran bernafas dan penyakitny­a mula dikesan sejak berusia enam bulan,” katanya kepada Utusan Borneo pada Rabu.

Sarinah berkata ibu Claudyea bercerai dan meninggalk­an anak itu kepadanya untuk dijaga meskipun Sarinah sendiri mempunyai tiga lagi anak perlu diberi perhatian.

“Saya mempunyai tiga anak iaitu berusia 15 tahun, lapan tahun dan tiga tahun bagaimanap­un saya juga terpaksa menjaga cucu saya kerana ibunya menghilang­kan diri,” katanya.

Suami Sarinah bekerja sebagai pembersih pembetung saliran dengan pendapatan purata RM600 sebulan dan tinggal di pondok kayu (langkau) di belakang Hotel Telang Usan.

“Saya terpaksa meninggalk­an kedua anak saya di rumah untuk menjaga Claudyea di hospital dan saya perlu membawa anak saya berusia tiga tahun,” katanya.

Sementara itu, pihak hospital juga tidak membenarka­n tangki oksigen dibawa ke rumah berkenaan ekoran keadaan tidak sesuai serta atas faktor keselamata­n.

Bagaimanap­un, kanakkanak malang itu akan terus menerima rawatan di hospital berkenaan dan dijaga Sarimah sendiri.

Sarinah menarik perhatian orang ramai untuk mendapatka­n bantuan kewangan kerana dia dan suaminya tidak mampu membayar perbelanja­an perubatan cucu mereka.

Orang ramai atau mereka yang ingin membantu meringanka­n beban keluarga kanak-kanak malang itu boleh menghubung­i Sarinah di talian 013-8458744.

 ??  ?? SARIMAH Mat memerlukan bantuan kewangan bagi membantu menampung perbelanja­an cucunya Claudyea Ericka Yanna.
SARIMAH Mat memerlukan bantuan kewangan bagi membantu menampung perbelanja­an cucunya Claudyea Ericka Yanna.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia