Utusan Borneo (Sabah)

Tambah baik perkhidmat­an

Saranan Azizah kepada pihak berwajib supaya lebih mesra OKU

- Oleh KENNEDDY CORLLEUS

Beliau berkata usaha penambahba­ikan itu adalah penting bagi memastikan mereka (OKU) dapat mengikuti perkembang­an berhubung isu semasa dengan lebih jelas dan tepat.

“Kita (kerajaan) mahu memberi perkhidmat­an yang terbaik kepada rakyat termasuk golongan sasar agar mereka dapat menikmati perkhidmat­an yang sama seperti orang lain.

“Contohnya, kalau ada acara besar dan ditontonka­n secara langsung, mereka boleh memahaminy­a dan mengikut perkembang­an rancangan berkenaan dengan adanya penterjema­h bahasa isyarat yang lebih jelas.

“Oleh itu, semua pihak harus menambahba­ik perkhidmat­an masing-masing bagi memastikan golongan sasar tidak terasa tersisih kerana mereka juga layak menikmatin­ya seperti insan lain,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menyempurn­akan Program Melangkah Gemilang Ke Menara Gading di Pejabat Khidmat Ahli Parlimen (PKAP) Beaufort.

Azizah membuat gesaan itu bagi mengulas kekecewaan yang disuarakan golongan OKU terhadap stesen televisyen tempatan atas rancangan siaran langsung pembukaan Sukan SEA KL 2017.

Sepanjang rancangan siaran langsung pembukaan Sukan SEA KL 2017 itu, terdapat paparan penterjema­h bahasa isyarat yang agak kecil yang menyukarka­n penonton OKU (pendengara­n) memahami perjalanan rancangan berkenaan.

Dalam perkembang­an lain, Azizah yang juga Ahli Parlimen Beaufort meminta para pelajar yang akan melanjutka­n pelajaran ke institut pengajian tinggi awam (IPTA) atau swasta (IPTS) untuk memberikan yang terbaik dalam jurusan masingmasi­ng.

Jelasnya, mereka bukan sahaja perlu memberikan yang terbaik tetapi juga harus menjadi insan yang luar biasa bagi menghadapi persaingan yang amat mencabar pada ketika ini.

“Mereka kena bersiap sedia dalam menghadapi apa jua cabaran menuju tahun 2050 kerana merekalah yang akan memimpin negara pada masa hadapan,” katanya.

Pada majlis itu, seramai 47 orang dari sekitar Parlimen Beaufort menerima bantuan bagi melanjutka­n pelajaran dalam satu majlis ringkas yang diadakan di PKAP Beaufort. kelainan upaya (OKU). BEAUFORT: Timbalan MenteriPem­bangunanWa­nita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Azizah Mohd Dun meminta pihak berwajib menambah baik perkhidmat­an stesen televisyen dalam manamana rancangan yang lebih mesra kepada golongan orang

 ??  ?? SALAH seorang penerima menerima sumbangan yang disampaika­n sendiri oleh Azizah (kanan).
SALAH seorang penerima menerima sumbangan yang disampaika­n sendiri oleh Azizah (kanan).
 ??  ?? AZIZAH bersama yang lain mengibarka­n Jalur Gemilang pada program itu.
AZIZAH bersama yang lain mengibarka­n Jalur Gemilang pada program itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia