Utusan Borneo (Sabah)

Tema Hari Kebangsaan perkasa integrasi nasional

-

PITAS: Pemilihan tema ‘Negaraku Sehati Sejiwa’ bagi sambutan Hari Kebangsaan tahun ini memperkasa­kan integrasin­asionaldal­amkalangan pelbagai lapisan masyarakat dan kaum di Malaysia.

Pembantu Menteri Pembanguna­n Perindustr­ian Datuk Bolkiah Haji Ismail berkata, konsep yang diadun dengan teliti berasaskan keharmonia­n dalam kepelbagai­an itu akan menyemarak­kan semangat patriotism­e serta memperluas danmemperk­ukuhkansem­angat kekitaan, kebersamaa­n, saling memahami dan hormat menghormat­i dalam kalangan rakyat.

“Pada tanggal 31 Ogos 2017 ini, negara kita akan menyambut Hari Kebangsaan buat kali yang ke-60. Ia merupakan hari kebesaran negara yang perlu diraikan dan dihayati oleh semua rakyat yang cintakan negara ini,” katanya.

Beliau yang juga Ketua Umno Bahagian dan Pengerusi Barisan Nasional Parlimen Kudat berkata demikian di Majlis Sambutan Hari Kebangsaan Ke-60 Peringkat Daerah Pitas dan Konvoi Kembara PBU 2017 di Padang Majlis Daerah Pitas di sini pada Khamis.

Pelbagai acara dijalankan untuk menyambut hari ulangtahun kemerdekaa­n negara itu seperti perarakan/ perbarisan, konvoi atau kembara merdeka, memasang bendera pada bangunan, koir, deklamasi sajak dan demo oleh PDRM.

Bolkiah berkata, sambutan Hari Kebangsaan hendaklah diteruskan agar generasi muda yang menjadi tonggak negara pada masa hadapan akan mengerti dan menghayati kebaikanny­a.

Katanya, kebaikan sambutan itu dapat memupuk semangat patriotik atau cintakan negara.

Hadir sama, Pegawai Penerangan Bahagian Pantai Barat Utara merangkap Ketua Konvoi Kembara Merdeka Negaraku Durahim Haji Jaman, Penolong Pegawai Daerah Bahagian Pentadbira­n Firus Idzualdeen @Benetty Mohd Dzul, Ketua Polis Daerah Kota Marudu/Pitas Mohd Izaad Abdullah, Ketua Daerah Pitas Haji Juki Imam Nanuh, Pemimpin Pembanguna­n Masyarakat Zamrah Abnaha dan Pegawai Penerangan Daerah Pitas Mohd Yakob Hamud Abdul Hamid.

 ??  ??
 ?? (Gambar atas) (Gambar bawah) ?? DURAHIM (dua dari kanan) menyerahka­n Jalur Gemilang kepada Bolkiah. BOLKIAH melepaskan konvoi kereta dan motosikal pada majlis itu.
(Gambar atas) (Gambar bawah) DURAHIM (dua dari kanan) menyerahka­n Jalur Gemilang kepada Bolkiah. BOLKIAH melepaskan konvoi kereta dan motosikal pada majlis itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia