Utusan Borneo (Sabah)

Tatap FC kenduri gol 12-0

-

LABUAN: Pasukan berpangkal­an dari Kampung (Kg.) Bebuloh Laut, Tatap FC berjaya membuat penampilan mengejutka­n dengan memulakan perlawanan pertama mereka dalam saingan Kumpulan G dengan penuh bergaya menewaskan Kaijel United 12-0 pada Ahad lalu.

Kenduri gol itu bermula seawal minit ke4 menerusi Azri Asri dengan satu percubaan yang cukup menarik dari luar kotak penalti di sebelah kiri pintu gol Kaijel United untuk gol pertama Tatap FC.

Pemain sensasi Tatap FC, Asrimat Kalam menambah duka lawan menerusi jaringan kedua minit ke-10.

Selang lima minit kemudian, Asrimat terus menunjukka­n belangnya dengan ledakan gol kedua dan ketiga buat Tatap FC menerusi jaringan yang cukup menarik yang gagal diselamatk­an penjaga gol Kaijel United.

Ketua pasukan Tatap FC, Razlan Jainal yang mengemudi bahagian tengah terus melancarka­n serangan bertali arus ke kubu lawan yang akhirnya menuju ke kubu lawan pada minit ke-21 menerusi jaringan keempat Mohd. Syafiq untuk Tatap FC mendahului 4-0.

Azri Asri sekali lagi menemui gol keduanya dan gol kelima Tatap FC pada minit ke-44 sebelum rehat babak pertama.

Rimmily Haji Hamran turut mengukir nama sebagai penjaring pasukan Tatap FC pada minit ke-46 bagi memastikan pasukannya selesa mendahului lawan dengan 6-0.

Gol ketujuh Tatap FC hadir pada minit ke-52 sekali lagi menerusi Mohd. Syafiq.

Tatap FC terus mengganas dengan jaringan kelapan menerusi Mohd. Sofian Razali pada minit ke-56.

Perlawanan yang nyata berat sebelah itu dengan Tatap FC tidak memberikan ruang langsung kepada pasukan lawan dengan pemain bahaya mereka Asrimat Kalam berjaya menjaringk­an gol yang ke 9, dan gol hatrik dalam perlawanan ini minit ke-60 untuk meletakkan dirinya sebagai penjaring hatrik yang pertama dalam kejohanan kali ini.

Kaijel United terus kecewa apabila pemainnya, Simon tertampan bola ke gawang sendiri pada minit ke-67 bagi membantu Tatap FC mendahului 10-0.

Gawang Kaijel United bolos lagi dengan gol ke-11 menerusi Mohd Zarul Rani pada minit ke-82 dan gol ke-12 hadir menerusi pemain gantian, Mohd Fareeq Usba minit ke-85.

Perlawanan berakhir dengan keputusan 12-0 dengan kemenangan besar memihak kepada Tatap FC yang bakal menjadi pasukan pilihan di Kejohanan Liga Bola Sepak Komuniti Labuan (LBKL) 2017 Piala Ahli Parlimen Labuan.

Pengurus pasukan merangkap jurulatih Tatap FC, Razlan Jainal nyata gembira dengan tiga mata berharga itu.

“Kemenangan dengan mengutip tiga mata amat berharga buat kami namun menjaringk­an gol sehingga 12 gol membuktika­n gabungan mantap pemain muda dan veteran Tatap FC dalam mengharung­i Kejohanan Liga Komuniti Labuan 2017,”katanya ditemui selepas tamat perlawanan yang diadakan di Kompleks Sukan Labuan itu.

 ??  ?? TATAP FC menang besar 12-0 ke atas Kaijel United.
TATAP FC menang besar 12-0 ke atas Kaijel United.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia