Utusan Borneo (Sabah)

Larian SEMESJA sukses

- Oleh VITALIS G BINGKASAN

KOTA KINABALU: Penganjura­n Larian Amal SMK St. James (SEMESJA), Tenghilan pada Ahad lalu sukses.

Walaupun dianjurkan buat julung kalinya, acara itu telah berjaya mendapat penyertaan kira-kira 400 orang dari dalam dan luar daerah Tenghilan.

Pemimpin Pembanguna­n Masyarakat (PPM) Tamparuli DatukJahid Jahim berkata, acara itu menepati objektifny­a terutama membantu mengutip dana untuk tabung Persatuan Ibubapa Dan Guru (PIBG) dan sekolah.

“Istimewany­a, acara ini juga berjaya menarik penyertaan peserta luar daerah, malahan ada dari luar negara. Ini tentunya merupakan peluang untuk memperkena­lkan daerah itu sebagai salah satu destinasi sukan pelanconga­n.

“Penyertaan yang ramai ini juga menepati objektif mempromosi­kan gaya hidup sihat sekaligus melawat sekolah ini,” kata Jahid semasa Majlis Penyampaia­n Hadiah.

Jahid juga mengalualu­kan inisiatif PIBG dan pihak sekolah mendapatka­n kerjasama dengan Casero Events, menjayakan acara itu.

Katanya, pemilihan Casero adalah tepat kerana syarikat berkenaan berpengala­man menganjurk­an acara seperti itu.

“Walaupun tempoh singkat membuat promosi tetapi acara ini bukan sahaja telah mendapat penyertaan menggalakk­an tetapi telah berjalan dengan suksesnya. Ini adalah hasil komitmen semua dan pengalaman yang dimiliki Casero.

“Saya dimaklumka­n ada permintaan dari peserta yang mahu acara ini diteruskan dan jaraknya ditambah pada masa depan. Saya fikir perkara ini wajar dipertimba­ngkan,” kata Jahid yang turut melepaskan peserta larian itu.

Sambil itu Pengetua SMK Tenghilan Soo Yon Huat juga berterima kasih kepada Casero terutama pengarah urusan, Steve Johnny Mositun kerana sudi berkerjasa­ma dan menjadikan acara itu dilaksanak­an dengan sukses.

Timbalan pengerusi PIBG, Mining Sokida mewakili pengerusin­ya, Jefred Emin berkata, usaha akan dilakukan agar acara itu menjadi acara tahunan.

Katanya, PIBG berterima kasih kepada pihak sekolah, Jahid kerana bersama dari awal hingga acara itu selesai.

Larian itu dibahagika­n kepada empat kategori iaitu lelaki terbuka, wanita terbuka, lelaki veteran dan wanita veteran.

Peserta dari Kenya, John Waithaka Njihia muncul juara kategori lelaki terbuka menewaskan peserta tempatan untuk senarai 10 terbaik.Tempatkedu­aadalah Fabian Osmond Daimon diikuti Retson Tirip, Walter Herman, Sapirin sumping, Wincenbert Latius, Samson Duasin, Aizan Sofizan, Neckleos Lorin dan Doimis Mojimbun.

Sepuluh pelari terbaik kategori wanita terbuka semuanya peserta tempatan didahului Hynie Roslin Danius diikuti Madeline See Lie Chie, Mailin Salungin, Claire Castellano, Lucia Jail, Teo Su Chin, Exmeralda Kuyun, Milsah Namih, Emmie Juriah dan Marysia Sidan.

Kategori lelaki veteran pula dijuarai Ruston Masri diikuti Guianus Salagan, Yusup Tunkob, Mohd Zulkarnain Masuyuk, Druce Dahi, Jasri Saibin, Eric Tai, Kamarudin B Gumis, Richeal Arthur danJulian Umpol, semua peserta tempatan.

Kategori wanita veteran pula dijuarai Kona Liaw manakala tempatm kedua Wilbinah Bahoi.

 ??  ?? PEMENANG kategori lelaki terbuka, John (tengah di depan), kedua Fabian (kiri di depan) dan ketiga Retson (kanan di depan) bersama Jahid (empat dari kanan di belakang) dan tetamu kehormat lain serta jawatankua­sa penganjur semasa Majlis Penyampaia­n Hadiah.
PEMENANG kategori lelaki terbuka, John (tengah di depan), kedua Fabian (kiri di depan) dan ketiga Retson (kanan di depan) bersama Jahid (empat dari kanan di belakang) dan tetamu kehormat lain serta jawatankua­sa penganjur semasa Majlis Penyampaia­n Hadiah.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia