Utusan Borneo (Sabah)

Jelajah Bola Sepak B-21 Pertubuhan Takad Nabalu dan PBBPS 2017 seterusnya ke PBU

-

KOTA KINABALU: Kejohanan Bola Sepak Bawah Umur 21 anjuran bersama Pertubuhan Takad Nabalu dan Persatuan Bekas-Bekas Pemain Sabah (PBBPS) akan meneruskan siri jelajahnya ke Bahagian Pantai Barat Utara (PBU) di mana siri jelajah ketiga ini akan berpusat di Padang Pekan Kota Belud pada 10 September.

Pengerusi bersama penganjur kejohanan Azman Mastar berkata pada Khamis, siri jelajah kali ini melibatkan Kudat, Kota Merudu, Pitas dan Kota Belud.

“Penganjura­n ini berikutan kejayaan penganjura­n pertama dan kedua masingmasi­ng di daerah Sandakan dan Tawau demi untuk mengakarum­bikan sukan khususnya sukan bola sepak di negeri ini.

“Kejohanan ini juga merupakan platform bagi mencari bakat bakat baru dalam sukan bola sepak yang berpotensi untuk diketengah­kan ke peringkat yang lebih jauh.

“Pada setiap kejohanan, kami membentuk satu jawatankua­sa penilai terdiri dari bekas-bekas pemain Sabah dan jurulatih-jurulatih untuk menilai dan memilih pemain yang benar benar layak dan berpotensi dicadangka­n kepada Safa untuk dipanggil dalam pemilihan yang dilakukan oleh Safa di seluruh daerah,” katanya yang juga Pengurus Pasukan Piala Presiden Sabah Bawah 21 Tahun.

Menurut beliau, Ketua Menteri yang juga Presiden Safa Datuk Seri Musa Haji Aman telah dimaklumka­n mengenai kejohanan ini dan meminta ianya diselarask­an dengan Safa agar tidak berlaku pertindiha­n dalam setiap program dan kejohanan yang dianjurkan oleh Safa sendiri.

Sehubungan dengan itu katanya, pada setiap kejohanan yang diadakan penyertaan Safa di setiap daerah amat dialu-alukan di mana jalinan kerjasama ini mampu menyemarak­kan lagi kecermerla­ngan sukan bola sepak di negeri ini selaras dengan aspirasi presiden yang ingin melihat kegemilang­an mutu sukan bola sepak di negeri ini mencapai kecemerlan­gan yang diharap-harapkan.

 ??  ?? ALBUM kenangan penganjur dan barisan jawatankua­sa penilai merakam gambar kenangan bersama pasukan Lahad Datu selaku johan kejohanan edisi kedua di Tawau baru-baru ini.
ALBUM kenangan penganjur dan barisan jawatankua­sa penilai merakam gambar kenangan bersama pasukan Lahad Datu selaku johan kejohanan edisi kedua di Tawau baru-baru ini.
 ??  ?? BARISAN jawatankua­sa penilai yang bertindak selaku pengesan pemain-pemain berpotensi pada setiap kejohanan.
BARISAN jawatankua­sa penilai yang bertindak selaku pengesan pemain-pemain berpotensi pada setiap kejohanan.
 ??  ?? BARISAN empat pasukan yang menyertai Kejohanan Bola Sepak Bawah Umur 21 Persatuan Takad Nabalu dan PBBPS 2017 di Tawau.
BARISAN empat pasukan yang menyertai Kejohanan Bola Sepak Bawah Umur 21 Persatuan Takad Nabalu dan PBBPS 2017 di Tawau.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia