Utusan Borneo (Sabah)

Sabah bolot dua kejuaraan

Kejohanan Bolasepak Penjara SeMalaysia

-

KOTA KINABALU: Penjara Sabah membolotdu­akejuaraan bola sepak iaitu kategori terbuka dan jemputan veteran Kejohanan Bolasepak Penjara SeMalaysia merebut Piala Tan Sri Murad Ahmad di Stadium Mini Penjara, barubaru ini.

Kejohanan empat hari itu anjuran Majlis Sukan Penjara Malaysia dan dihoskan Penjara Kajang, Selangor.

Dalam kategori terbuka, Penjara Sabah menewaskan pasukan tuan rumah, Penjara Kajang 5-4 menerusi sepakan penalti pada perlawanan akhir selepas kedua-dua pasukan seri tanpa jaringan dalam permainan masa penuh.

Penjaga gol Penjara Sabah, Maixley Johny menjadi wira pasukan mereka apabila berjaya menyelamat­kan satu sepakan pemain lawan dalam perlawanan yang penuh mendebarka­n itu. Walaupun diperkuatk­an bekas pemain negeri, Billyton Vun Ket Ming namun Penjara Sabah berjaya dikekang oleh pasukan tuanrumahm­enyebabkan tiada sebarang jaringan dalam permainan masa penuh memaksa perlawanan ditentukan melalui sepakan penalti.

Billyton bagaimanap­un menjadi perhatian apabila dinobatkan sebagai pemain terbaik perlawanan akhir.

Bagi kategori jemputan veteran, Penjara Sabah Veteran mengalahka­n pasukan Penjara Pahang Veteran 3-1 pada perlawanan akhir.

Sebanyak 16 pasukan bertanding dalam kategori terbuka manakala 10 pasukan mengambil bahagian dalam kategori jemputan veteran.

Hadiah-hadiah disampaika­n Ketua Pengarah Penjara Malaysia, Dato’ Seri Zulkifli Omar kepada pemenang.

Sementara itu, penguruspa­sukanPenja­ra Sabah, Shamlin Tuali mengucapka­n setinggiti­nggi penghargaa­n kepada semua pihak yang memberi sokongan kepada pasukannya terutama Pengarah Penjara Sabah, Suria Haji Idris yang memberi keizinan kepada mereka menyertai kejohanan itu.

Ketua jurulatih mereka ialah Roslan Wasli dengan dibantu Agustin Paya dan Billyton Vun.

 ??  ?? ZULKIFLI menyampaik­an hadiah kepada pasukan Penjara Sabah.
ZULKIFLI menyampaik­an hadiah kepada pasukan Penjara Sabah.
 ??  ?? BARISAN pemain Penjara Sabah yang menjuarai kategori terbuka. Turut kelihatan ketua jurulatih, Roslan Wasli (berdiri kanan sekali).
BARISAN pemain Penjara Sabah yang menjuarai kategori terbuka. Turut kelihatan ketua jurulatih, Roslan Wasli (berdiri kanan sekali).
 ??  ?? PASUKAN veteran Penjara Sabah menjuarai kategori jemputan veteran.
PASUKAN veteran Penjara Sabah menjuarai kategori jemputan veteran.
 ??  ?? PARA pengurus dan jurulatih Penjara Sabah bersama piala yang dimenangi.
PARA pengurus dan jurulatih Penjara Sabah bersama piala yang dimenangi.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia