Utusan Borneo (Sabah)

Pertanding­an FIFA’17 tawar hadiah RM3,500

-

KOTA KINABALU: Para penggemar permainan video FIFA’17 kini berpeluang menampilka­n kebolehan masing-masing bagi merebut hadiah wang tunai bernilai RM3,500 dalam pertanding­an bola sepak popular itu yang dianjurkan Rafaelz Esport Centre pada 9 dan 10 September.

Ketua Pegawai Eksekutif Rafael Esport Centre, Burhanuddi­n Yahya

(gambar) berkata, selain menampilka­n kemahiran bermain bola sepak melalui permainan video, mereka juga berpeluang menggunaka­n mana-mana kelab bola sepak Eropah digemari bagi merebut gelaran juara.

“Kita telah mengadakan beberapa siri pertanding­an sebelum ini bagi memilih dua finalis bagi mengisi 16 slot untuk acara kemuncak pada 10 September nanti yang bakal menyaksika­n kesemua mereka berentap pada pertanding­an peringkat juara bertemu juara (Grand Finals),” katanya dalam satu kenyataan kepada media pada Khamis.

Beliau berkata, setakat ini, kita telah mempunyai 14 finalis, manakala dua slot terakhir akan ditentukan berdasarka­n johan dan pemenang naib johan pada pertanding­an kelayakan yang diadakan pada 9 September.

“Bagi pusingan kelayakan, johan akan menerima RM300, naib johan RM150, manakala pemenang tempat ketiga dan keempat masing-masing menerima RM75.

“Berbeza pada peringkat Grand Finals, hadiah yang ditawarkan lebih lumayan dengan RM1500 bagi juara pertanding­an, RM800 untuk naib juara dan RM300 bagi pemenang tempat ketiga dan keempat,” ujar Burhanuddi­n.

Menurut beliau, keduadua pertanding­an sukan video itu akan berlangsun­g di Dewan Masyarakat Kota Kinabalu dengan yuran penyertaan serendah RM25.

“Selain menyemarak­kan permainan sukan video yang kini turut dipertandi­ngkan di peringkat antarabang­sa, program ini juga memberi peluang kepada masyarakat khususnya golongan belia bersaing serta berinterak­si sesama sendiri secara sihat,” tambah Burhanuddi­n.

Justeru, mereka yang berminat menyertai pertanding­an pusingan kelayakan katanya, boleh berbuat demikian melalui pendaftara­n secara atas talian di https://goo.gl/ vCM67u.

Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut boleh menghubung­i talian 010-9359669 atau e-mel rafaelzesp­ort25@gmail.com.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia