Utusan Borneo (Sabah)

Malaysia di landasan terbaik

Muncul juara keseluruha­n

-

KUALA LUMPUR: Malaysia di atas landasan untuk muncul sebagai juara keseluruha­n Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 (KL2017) dengan hampir 50 peratus daripada sasaran 111 pingat emas sudah diperoleh, kata Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin.

Dalam sidang media selepas penyampaia­n pingat bagi acara lompat kijang, Khairy berkata KL2017 telah menyaksika­n persembaha­n hebat terutamany­a daripada atlet generasi akan datang.

“Kami sedang di landasan untuk mencapai 111 pingat. Semangat kontinjen negara adalah mengagumka­n dan sokongan daripada peminat adalah hebat. Bagaimanap­un, sukan ini bukan segalanya mengenai pingat emas. Ia adalah mengenai potensi dan masa hadapan sukan, “katanya menambah tumpuan perlu diberikan kepada atlet muda yang berpotensi.

Khairy juga mengucapka­n tahniah kepada pemenang pingat emas lompat kijang, Muhammad Hakimi Ismail, Welson Sim yang meraih emas dalam 200m lelaki gaya bebas dan Saidatul Husniah Zulkifli yang mendapat perak dalam 200m wanita.

“Ia merupakan kejayaan manis buat Hakimi kerana beliau baharu sahaja pulih daripada kecederaan. Saidatul pula , saya percaya beliau mempunyai potensi besar kerana perjalanan masih jauh untuknya. Tahniah,” kata Khairy.

Hakimi mencatat rekod baharu Sukan SEA dan rekod kebangsaan dengan lompatan 16.77m memecahkan rekod peribadiny­a, 16.76m di Sukan SEA Singapura 2015 sementara Welson mencipta rekod baharu Sukan SEA dalam acara 200m lelaki gaya bebas dengan masa 1:47.79s.

Memetik bintang renang Singapura, Joseph Schooling sebagai contoh, K h air y berkata perenang itu hanya muncul di arena antarabang­sa tidak lama dahulu dan menggondol pingat emas dalam Olimpik Rio menewaskan perenang legenda, Michael Phelps.

“Welson mempunyai masa hadapan yang cerah. Perjalanan beliau masih jauh. Begitu juga dengan atlet muda kami seperti Khairul Hafiz Jantan yang baharu berusia 19 tahun,” katanya.

Khairul Hafiz yang digelar Speedy Jantan menyertai acara final 200m malam Rabu tetapi gagal memperoleh pingat emas dan hanya mendapat tempat keempat di belakang rakan sepasukan G.Aravin Thevar. - Bernama

Kami sedang di landasan untuk mencapai 111 pingat. Semangat kontinjen negara adalah mengagumka­n dan sokongan daripada peminat adalah hebat. Bagaimanap­un, sukan ini bukan segalanya mengenai pingat emas. Ia adalah mengenai potensi dan masa hadapan sukan. KHAIRY JAMALUDDIN Menteri Belia dan Sukan PETALING JAYA: Kehadiran keluarga pada saat-saat akhir menjadi pembakar semangat bagi Muhd Ezuan Nasir Khan mencipta sejarah menjadi penembak pertama Malaysia memenangi pingat emas dalam acara 50m rifle prone lelaki pada Sukan SEA Kuala Lumpur (KL2017) di Lapang Sasar Kebangsaan, Subang, dekat sini, pada Khamis.

Anggota Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) itu jelas gembira dengan kejayaan tersebut memandangk­an tiada wakil Malaysia pernah meraih pingat emas dalam acara berkenaan pada temasya sukan dwitahunan itu.

Pencapaian terbaik Malaysia dalam acara berkenaan adalah menerusi Shahril Sahak yang meraih pingat perak pada edisi 2011 di Indonesia.

“Saya bersyukur kepada Allah SWT kerana saya hanya berusaha sehabis baik dan saya berterima kasih kepada

 ?? - Gambar BERNAMA - Gambar ?? MUHD Hakimi Ismail meraikan kejayaan selepas berjaya meraih pingat emas selepas beraksi pada acara lompat kijang lelaki akhir. Hakimi berjaya membuat rekod baharu Sukan SEA iaitu lompatan sejauh 16.77 meter. MUHD Hakimi Ismail yang menang pingat emas...
- Gambar BERNAMA - Gambar MUHD Hakimi Ismail meraikan kejayaan selepas berjaya meraih pingat emas selepas beraksi pada acara lompat kijang lelaki akhir. Hakimi berjaya membuat rekod baharu Sukan SEA iaitu lompatan sejauh 16.77 meter. MUHD Hakimi Ismail yang menang pingat emas...

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia