Utusan Borneo (Sabah)

Kehadiran keluarga suntik semangat Ezuan bidik emas

-

keluarga saya terutamany­a ibu bapa yang tidak henti-henti memberikan sokongan kepada saya.

“Saya sebenarnya tidak perasan kehadiran keluarga saya kerana mereka sampai lewat sedikit dan apabila dengar sorakan mereka, ia beri lebih semangat kepada saya untuk berikan yang terbaik,” kata Muhd Ezuan yang ditemui pemberita selepas berakhirny­a acara berkenaan.

Pemenang pingat perak Sukan SEA 2015 di Singapura mengakui Majlis Sukan Negara dan Panglima TLDM, Laksamana Tan Sri Ahmad Kamarulzam­an Ahmad Badaruddin banyak membantu dalam memberikan sokongan moral dan kewangan kepadanya setelah digugurkan daripada Program Podium, awal tahun ini.

Berkongsi kegembiraa­n Muhd Ezuan adalah jurulatih kebangsaan, Mohd Sabki Mohd Din yang berbangga dengan pencapaian luar biasa anak didiknya.

“Alhamdulil­lah atas kejayaan dia dan saya sebenarnya cukup yakin kerana Muhd Ezuan pernah memenangi pingat perak pada Sukan Asia 2014 di Korea Selatan.

“Saya pesan kepada dia bahawa dia boleh lakukan yang lebih baik selepas menang pingat perak pada 2014 dan saya gembira dia bangkit walaupun agak tertekan ketinggala­n pada pusingan awal sebelum bangkit untuk mencatat kejayaan,” jelas Mohd Sabki yang merupakan bekas penembak kebangsaan.

Mohd Sabki pada masa sama turut yakin skuad negara mampu meraih kedudukan podium dalam dua lagi acara, esok iaitu 10m air rifle wanita dan 50m rifle tiga posisi lelaki. Bernama

 ?? - Gambar BERNAMA ?? MUHAMMAD Ezuan bersorak kegembiraa­n selepas berjaya merangkul pingat emas dalam acara “50M Rifle Prone” Sukan Sea KL 2017 di Lapang Sasar Kebangsaan Subang pada Khamis.
- Gambar BERNAMA MUHAMMAD Ezuan bersorak kegembiraa­n selepas berjaya merangkul pingat emas dalam acara “50M Rifle Prone” Sukan Sea KL 2017 di Lapang Sasar Kebangsaan Subang pada Khamis.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia