Utusan Borneo (Sabah)

Jessica Keng tepati ramalan

Juara Kejohanan Skuasy Individu Remaja Asia Ke-24, 2017

- Oleh DESMOND QWEK

KOTA KINABALU: Pemain muda berbakat dari Sabah; Jessica Keng Jia Hui merangkul gelaran juara Kejohanan Skuasy Individu Remaja Asia Ke-24, 2017 yang berakhir di Amman, Jordan pada Sabtu.

Diletak sebagai pilihan pertama peringkat umur 15 tahun ke bawah perempuan, Jessica menepati ramalan perlawanan akhir untuk berhadapan rakan senegara, Kiroshanna yang diletak sebagai pilihan kedua, sebelum memenangi perlawanan itu menerusi keputusan 11-8, 11-9 dan 11-7.

Di separuh akhir pertama, Jessica mudah menundukka­n Ananya Dabke dari India menerusi keputusan 11-8, 11-1 dan 11-1, manakala separuh akhir kedua menyaksika­n Kiroshanna mengalahka­n seorang lain pemain dari India; Yoshna Singh menerusi aksi sengit berkesudah­an dengan 111, 11-4, 11-13, 5-11 dan 11-8.

Selain Jessica, empat pemain Malaysia yang diletak sebagai pilihan pertama di kejohanan lima hari itu juga menepati sasaran muncul selaku juara.

Joachim Chuah Han Wen yang bersaing dalam kategori 13 tahun ke bawah lelaki, tidak menghadapi masalah besar untuk muncul selaku juara menewaskan pilihan kedua Yuvraj Wadhwani dari India menerusi keputusan 11-9, 11-9 dan 11-8.

Aira Azman yang bersaing dalam kategori 13 tahun ke bawah perempuan bangkit dari kekalahan set pertama untuk memenangi perlawanan akhir menewaskan pilihan kedua Toby Lam Tse Yee dari Hong Kong menerusi keputusan 9-11, 11-2, 11-4 dan 11-7.

Mohd Amir Amirul Azhar yang bersaing dalam kategori 15 tahun ke bawah lelaki, terpaksa bekerja keras menjinakka­n pemain India; Neel Joshi dalam perlawanan akhir yang berkesudah­an dengan 11-8, 9-11, 12-10 dan 11-9.

Manakala Siow Yee Xian yang bersaing dalam peringkat umur 17 tahun ke bawah lelaki, mudah menundukka­n pilihan kedua Tushar Shahani dari India menerusi keputusan 11-7, 11-4 dan 11-7.

Dua lagi pemain dari Malaysia yang turut beraksi dalam kategori itu ialah Danial Nurhaqiem Shahrul Izham dan Mohd Hafiz Zhafri Abd Harif yang diletak sebagai pilihan ke-3/4.

Danial tewas di tangan Yee Xian dalam perlawanan separuh akhir yang berkesudah­an dengan 11-7, 11-7, 5-11 dan 11-7, sambil Hafiz tewas di suku akhir berhadapan Lok To Wai dari Hong Kong menerusi keputusan 11-9, 11-9, 7-11 dan 11-9.

Lok bagaimanap­un tewas dalam separuh akhir kedua berhadapan Tushar menerusi perlawanan sangat mendebarka­n berkesudah­an dengan 12-10, 11-5, 7-11, 6-11 dan 7-11.

Pemain terakhir dari Malaysia yang beraksi di kejohanan itu ialah Nur Aliah Izzati Mohd Anis yang bersaing dalam kategori 19 tahun kebawah perempuan.

Diletak sebagai pilihan ke-5/8, Aliah mudah memenangi pusingan pertama menewaskan Malshi Rajapaksa dari Sri Lanka menerusi keputusan 11-3, 11-3, 11-1 untuk memasuki perlawanan suku akhir, tetapi tewas 8-11, 5-11, 11-9 dan 11-13 ditangan Sunayna Kuruvilla dari India.

 ??  ??
 ??  ?? JESSICA Keng merai kejayaan beliau menjuarai Kejohanan Skuasy Individu Remaja Asia Ke-24, 2017 di Amman, Jordan pada Sabtu.
JESSICA Keng merai kejayaan beliau menjuarai Kejohanan Skuasy Individu Remaja Asia Ke-24, 2017 di Amman, Jordan pada Sabtu.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia