Utusan Borneo (Sabah)

IBR SPRM BUKAN MAINAN

Lafaz ikrar penjawat awam perlu dihayati, dipraktikk­an

- Oleh SADDAM EDRIS

KOTA KINABALU: Penjawat awam yang melafazkan Ikrar Bebas Rasuah (IBR) diingatkan supaya tidak menganggap­nya sebagai perkara mainan.

Pengarah Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Sabah Datuk Sazali Salbi berkata, inisiatif yang diperkenal­kan oleh pihaknya itu seharusnya diresapi, dihayati dan dipraktikk­an.

“Kalau sudah berikrar, kita jangan lakukan perbuatan rasuah atau salahguna kuasa kerana kita sudah berjanji pada diri sendiri, ketua dan masyarakat sekeliling termasukla­h Maha Pencipta.

“Namun, masih ada segelintir pegawai yang hanya melafazkan dari mulut sahaja tanpa penghayata­n mendalam dan ini yang kita tekankan kerana ia akan menjejaska­n reputasi diri sendiri termasukla­h agensi itu,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada Majlis Melafaz dan Menandatan­gani IBR Kakitangan Universiti Malaysia Sabah (UMS) di sini pada Jumaat.

Mengenai perkembang­an lain, Sazali berkata, dua individu bakal ditahan susulan kes 12 penjawat awam yang berjaya dihadapkan ke mahkamah baru-baru ini.

Katanya, SPRM masih dalam proses pengumpula­n bukti dan maklumat berhubung dua individu terbabit sebelum dikenakan tindakan susulan.

Selain itu, beliau mengajak orang awam mendaftark­an diri sebagai sahabat Gerakan Revolusi Anti Rasuah (Gerah) yang baharu dilancarka­n pada 8 Mei lepas.

Katanya, revolusi itu yang bersifat ‘Non-Violence’ dan

‘Non-Political’ diwujudkan bagi meningkatk­an kesedaran dan keinsafan dalam kalangan masyarakat tentang jenayah rasuah dan salahguna kuasa.

“Pendaftara­n sebagai ahli Gerah ini bukan saja menunjukka­n komitmen seseorang untuk bersama SPRM mencegah kemungkara­n rasuah tetapi turut menjadi mata dan telinga SPRM dalam menyalurka­n aduan dan maklumat.

“Sokongan dan penglibata­n masyarakat amat penting untuk bersama-sama membendung jenayah rasuah dan salahguna kuasa selain menjadikan­nya sebagai musuh nombor satu negara,” katanya.

Mengenai majlis pula, Sazali memuji keterbukaa­n warga UMS selain menjadi satu cerminan sokongan berterusan daripada institut itu dalam memastikan pentadbira­n dan perkhidmat­an bebas dibelenggu­i jenayah rasuah.

“UMS adalah agensi ke 51 dan menjadi institut pengajian tinggi awam (IPTA) pertama di Sabah yang melaksanak­an lafaz IBR.

“Komitmen ini amat SPRM hargai dan kita akan terus bekerjasam­a dengan UMS dalam membuat anjakan membantera­s rasuah dan salahguna kuasa untuk dipraktika­n dari pucuk pentadbira­n atasan hingga bawahan termasuk pelajar di pusat pengajian tinggi ini,” katanya.

Sementara itu, Naib Canselor UMS Profesor Dr. D Kamarudin D Mudin berkata, hampir 200 yang hadir terdiri daripada Pegawai Kanan dan kakitangan akademik serta bukan akademik menyempurn­akan pelaksanaa­n ikrar berkenaan.

Katanya, ia jelas menunjukka­n bahawa UMS sentiasa menjalinka­n kerjasama dengan SPRM dalam memupuk dan menekankan aspek integriti setiap kakitangan agar tidak terjebak dalam jenayah rasuah dan salahguna kuasa.

“Jenayah rasuah ini sekiranya terus berleluasa akan mengakibat­kan bantuan kewangan daripada kerajaan termasukla­h perundanga­n yang sedia ada tidak dapat dilaksanak­an sebaiknya sepertiman­a yang diharapkan.

“Justeru itu, saya yakin bahawa jika nilai integriti ini diserapkan kepada semua pegawai termasukla­h pelajar UMS sendiri, sudah tentu institut ini mampu mentransfo­rmasi kepada Universiti Industri 4.0 dengan lebih cepat,”katanya.

 ??  ?? KAMARUDIN (kiri) menyempurn­akan simbolik penyerahan IBR kepada Sazali.
KAMARUDIN (kiri) menyempurn­akan simbolik penyerahan IBR kepada Sazali.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia