Utusan Borneo (Sabah)

Jentera Umno, BN Kimanis siap siaga hadapi PRU-14

- Oleh KENNEDDY CORLLEUS

MEMBAKUT: Timbalan Ketua Bahagian Umno Kimanis, Datuk Arifin Arif berkata jentera Umno dan Barisan Nasional (BN) di kawasan beliau kini dalam keadaan siap siaga bagi menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14.

Jelas beliau, jentera Umno dan BN di Kimanis telah ‘bekerja’ lebih awal selepas PRU lepas (PRU-13) lagi dan kini terus memberikan khidmat bakti kepada seluruh lapisan rakyat tanpa henti.

“Dari semasa ke semasa kita akan terus mantapkan jentera kita di peringkat akar umbi. Bagi Pusat Daerah Mengundi (PDM) pula, kita sudah gerakkan dan ketika ini kita hanya menunggu semboyan dibunyikan untuk kita ‘beraksi’,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas menyempurn­akan Majlis Kebitaraan Seni Silat SeWarJad di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Membakut II, pada Jumaat.

Arifin diminta mengulas berhubung kenyataan Presiden Umno yang juga Perdana Menteri yang menyatakan akan menangguhk­an Perhimpuna­n Agung Umno hujung tahun ini sekiranya PRU diadakan pada awal Disember.

Najib berkata demikian selepas mengumumka­n tarikh Perhimpuna­n Agung Umno ke-17 yang akan diadakan pada 5 hingga 9 Disember ini selepas mempengeru­sikan Mesyuarat Majlis Tertinggi Umno pada Khamis lepas.

Dalam perkembang­an lain, Arifin yang juga Pembantu Menteri Kepada Ketua Menteri menyaranka­n para pelajar untuk bergiat aktif dalam sebarang kegiatan dan aktiviti sukan demi manfaat pelajar itu sendiri.

Beliau mengambil contoh seni silat yang dilihat amat baik untuk para pelajar kerana ia secara tidak langsung dapat meningkatk­an disiplin diri serta membantu membentuk keperibadi­an masing-masing.

Justeru katanya, bakat serta kemahiran yang dipelajari sepanjang seni silat wajar digilap agar potensi yang dimiliki itu dapat dibawa ke peringkat yang lebih tinggi seterusnya mengharumk­an nama negeri serta negara.

 ??  ?? ARIFIN (empat kiri) selepas melakukan gimik perasmian dengan memotong riben banting sempena majlis itu.
ARIFIN (empat kiri) selepas melakukan gimik perasmian dengan memotong riben banting sempena majlis itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia