Utusan Borneo (Sabah)

Polis pantai timur Sabah disaran laksana khidmat sosial

-

SEMPORNA: Kontinjen polis di kawasan pantai timur Sabah disaran melaksanak­an tanggungja­wab khidmat sosial dengan melakukan aktiviti gotong-royong besar-besaran bersama kerajaan tempatan serta penduduk setempat.

Pengarah Jabatan Keselamata­n Dalam Negeri dan Ketenteram­an Awam PDRM Datuk Seri Zulkifli Abdullah berkata perkara itu penting dilakukan berterusan dalam usaha membendung masalah pembuangan sampah sarap di merata tempat sehingga mencemarka­n alam sekitar dan menjejaska­n sumber marin.

“Di Pulau Selingan di Sandakan difahamkan terdapat penyu mati akibat termakan plastik yang disangka sebagai rumpai laut dan perkara ini perlu dipandang serius.

“Kita miliki kontinjen besar di kawasan pantai timur ini dan berharap aktiviti gotongroyo­ng dapat dijalankan dengan membabitka­n masyarakat dan kerajaan tempatan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui dalam lawatan kerja sehari ke Pos Polis di Pulau Mabul, Bohey Dulang, Kapalai serta Singamata di sini, pada Khamis bagi melihat kesiapsiag­aan anggota polis dalam menjaga keselamata­n perairan Sabah.

Dalam jangka masa panjang pencemaran alam sekitar boleh menjejaska­n kehidupan masyarakat setempat dan kemasukan pelancong ke kawasan pantai timur Sabah yang menjadi tumpuan pelancong melawat pulau, menjalanka­n aktiviti snorkeling serta skuba.

“Ini turut menjejaska­n pendapatan ekonomi Sabah dengan pelanconga­n merupakan antara penyumbang terbesar ekonomi negeri ini,” katanya lagi. -Bernama

 ?? GambarBern­ama ?? ZULKIFLI (tengah) bersalaman dengan anggota pasukan keselamata­n yang bertugas di Pulau Buhai Dulang ketika melakukan lawatan di pulau itu bagi melihat lebih dekat kesiapsiag­aan anggota Polis dalam menjaga keselamata­n dan keamanan sempadan negara.
GambarBern­ama ZULKIFLI (tengah) bersalaman dengan anggota pasukan keselamata­n yang bertugas di Pulau Buhai Dulang ketika melakukan lawatan di pulau itu bagi melihat lebih dekat kesiapsiag­aan anggota Polis dalam menjaga keselamata­n dan keamanan sempadan negara.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia