Utusan Borneo (Sabah)

Lawatan pertama Tun Juhar dan isteri di perairan Gugusan Semarang Peninjau

Lawatan pertama Tun Juhar dan isteri di perairan Gugusan Semarang Peninjau

- Oleh VIVI OLVIANA NAJURUS

Y

ANG Dipertua Negeri Sabah Tun Dr Juhar Mahiruddin dan isteri Toh Puan Norlidah R.M Jasni melakukan lawatan kali pertama di perairan Gugusan Semarang Peninjau pada Khamis.

Panglima Armada Timur Datuk Pahlawan Syed Zahiruddin Putra Syed Osman berkata, delegasi lawatan berlepas dari Lapangan Terbang Antarabang­sa Kota Kinabalu (LTAKK) bermula jam 11 pagi pada Rabu dengan menaiki pesawat Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM).

Beliau berkata, lawatan kali pertama ke penempatan stesen luar pantai Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) adalah bagi melihat secara dekat tugas dan tanggungja­wab yang dilaksanak­an warga TLDM dalam memastikan keselamata­n perairan negara terpelihar­a.

“Dalam lawatan ini delegasi sempat meluangkan masa meninjau beberapa stesen TLDM termasuk Uniform, Mike, Sierra serta mendarat di stesen Papa yang berada berhampira­n dengan sempadan perairan Filipina.

“Tun Juhar juga sempat merasai pengalaman menyelam bersama Kapal Selam KD Tun Razak yang berada di perairan Stesen Lima sebelum balik belayar menaiki Kapal Ronda KD Kedah ke Stesen Lima,” katanya.

Sementara itu Juhar merakamkan penghargaa­n kepada warga TLDM dengan pengalaman berharga berada di perbatasan perairan maritim negara di Stesen TLDM terutamany­a semasa menaiki kapal selam.

Beliau turut mengucapka­n syabas kepada warga TLDM dengan kecekalan serta dedikasi tinggi dalam mengawal keselamata­n negara dan kecekapan anggota TLDM mengendali­kan aset yang ada di dalam TLDM itu sendiri.

Turut hadir dalam lawatan itu Panglima Wilayah Laut 2 Laksamana Muda Datuk Abdul Rahman Ayob dan Mayor Bandaraya Kota Kinabalu Datuk Yeo Boon Hai.

“Dalam lawatan ini delegasi sempat meluangkan masa meninjau beberapa stesen TLDM termasuk Uniform, Mike, Sierra serta mendarat di stesen Papa yang berada berhampira­n dengan sempadan perairan Filipina.” DATUK PAHLAWAN SYED ZAHIRUDDIN PUTRA SYED OSMAN Panglima Armada Timur

 ??  ??
 ??  ?? (Gambar kanan) JUHAR merakamkan gambar kenangan bersama anggota ATM semasa berada di kapal TLDM.
(Gambar kanan) JUHAR merakamkan gambar kenangan bersama anggota ATM semasa berada di kapal TLDM.
 ??  ?? JUHAR bersalaman dengan anggota TLDM sebaik mendarat menaiki pesawat TUDM. KREW kapal selam menunjukka­n kecekapan dalam mengendali­kan KD Tun Razak di perairan Lima.
JUHAR bersalaman dengan anggota TLDM sebaik mendarat menaiki pesawat TUDM. KREW kapal selam menunjukka­n kecekapan dalam mengendali­kan KD Tun Razak di perairan Lima.
 ??  ?? (Gambar atas) JUHAR sempat menggunaka­n salah sebuah peralatan yang ada di kapal selam KD Tun Razak.
(Gambar atas) JUHAR sempat menggunaka­n salah sebuah peralatan yang ada di kapal selam KD Tun Razak.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia