Utusan Borneo (Sabah)

Miliki harta curi: Pemegang kad IMM13 didenda RM6,000

Pemegang kad IMM13 didenda RM6,000

-

KOTAKINABA­LU:Seorang lelaki yang memiliki dua telefon pintar disyaki harta curi, dikenakan denda RM6,000 oleh Mahkamah Majistret, di sini pada Jumaat.

Majistret Stephanie Sherron Abbie menjatuhka­n hukuman itu terhadap Jumat Hamli Dam, 30, selepas mengaku bersalah mengikut Seksyen 411 Kanun Keseksaan.

Hukuman yang diperuntuk­kan, penjara selama tempoh lima tahun atau denda, atau dengan kedua-duanya sekali.

Tertuduh didapati memiliki dua buah telefon pintar itu milik seorang lelaki berusia 60 tahun, pada 17 Ogos jam 8.30 pagi, di kedai perabot King Biee Jalan Bundusan, Penampang.

Jika gagal membayar denda berkenaan, mahkamah memerintah­kan tertuduh dikenakan penjara 12 bulan.

Jumat yang memegang kad IMM13 juga diperintah­kan dirujuk ke Jabatan Imigresen, untuk tindakan selanjutny­a.

Sementara itu, Majistret Cindy Mc Juce Balitus menetapkan pada 28 Ogos untuk rayuan dan jatuh hukum terhadap seorang lelaki yang mengaku bersalah mencuri dompet milik seorang lelaki.

Masnol Osin, 43, yang disabitkan mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan, didapati mencuri dompet milik mangsa yang berusia 29 tahun.

Kesalahan dilakukan pada 18 Ogos jam 11.30 pagi di bangunanYo­shiteru Express Auto, Lorong Inanam Capital 5, Inanam Capital, di sini.

Sementaram­enunggutar­ikh berkenaan, tiada jaminan diberikan kepada tertuduh kerana tidak memiliki dokumen diri.

Kedua-dua pendakwaan itu dikendalik­an Pegawai Pendakwa Insp Suzie@ Stephanie Kupit dan Insp Albert Basirin.

“Tertuduh

didapati memiliki dua buah telefon pintar itu milik seorang lelaki berusia 60 tahun, pada 17 Ogos jam 8.30 pagi, di kedai perabot King Biee Jalan Bundusan, Penampang.

 ??  ?? Oleh CLARICE USOP
Oleh CLARICE USOP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia