Utusan Borneo (Sabah)

Hayati kemerdekaa­n menerusi sejarah, kata Hajiji

Saranan kepada generasi muda sempena sambutan Hari Kebangsaan

-

KOTA KINABALU: Masyarakat digesa memahami dan menghayati kemerdekaa­n menerusi catatan sejarah perjuangan tokoh-tokoh tempatan.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan, Datuk Seri Panglima Hajiji Haji Noor berkata, melalui pameran juga orang ramai terutama generasi muda dapat mengetahui perjalanan serta mengenali para pemimpin serta tokoh di negeri ini.

Beliau yang merasmikan Pameran ‘NegaraKu Malaysia, Sabah Tanah AirKu’ berkata, pameran tersebut merupakan salah satu acara dalam kalendar Sambutan Hari Kebangsaan 2017 Peringkat Negeri Sabah.

“Pameran ini adalah salah satu program untuk memeriahka­n lagi sambutan Hari Kebangsaan 2017 dan saya yakin pameran ini dapat memberi pengetahua­n kepada generasi baharu untuk memahami sejarah Sabah khasnya.

“Berbeza dengan tahun- tahun sebelumnya, pada tahun ini kita memberi penghargaa­n dan pengiktarf­an kepada mereka yang telah menyumbang kepada negara dalam pelbagai bidang.

“Antara tokoh-tokoh sejarah yang terpilih adalah tokoh wanita Datuk Zahra Ismail, tokoh sukan bola sepak Datuk James Wong dan Datuk Hassan Sani serta pemegang rekod kebangsaan lempar cakera 1989-2003, Gabriel Moinjil,” jelas beliau.

Pada majlis tersebut, tokoh-tokoh berkenaan menyerahka­n koleksi peribadi mereka kepada Jabatan Arkib untuk disimpan dan direkodkan sebagai sumbangan kepada negara.

Beberapa lagi tokoh yang ditampilka­n rekodnya dalam pameran berkenaan termasuk Datuk Balwant Singh, Datuk JoeManjaji­danWongAhY­un, Tan Sri Haji Suffian Karoh, Tan Sri Datuk R.M. Jasni, Tan Sri Ben Stephens, Datuk Yap Pak Leong, Toh Puan Hajah Rahimah Stephens, Datin Seri Panglima Celestine Jinu, Elizabeth Voon dan Soh Chong Peng.

Turut terpilih tokoh-tokoh Sabah seperti Datuk Ismail Abbas, Datuk John Gaisah, Datuk Haji Yaman Ahmad Mus, Datuk Clement Jaikul dan Basinau Yonsuri, Albert Kwok Yuk Nam, Mat Salleh, Datuk John Dusing, Allan Chin Yin Foh, Datuk Jintol Mogunting, Datuk Haji Awang Sahari Abdul Latiff, Datuk Jakarullah Baraludin, Imam Injir Panjang, Yong Loong Vun, Baron Overbeck, WH Treacher, FG Atkinson dan DH Fielding.

Justeru menurut Hajiji, orang ramai dipelawa melawat pameran anjuran Jabatan Arkib Negeri Sabah yang dibuka secara percuma di Kompleks Beli Belah Suria Sabah bermula hari ini hingga 31 Ogos.

Sementara itu, Hajiji yang juga Pengerusi Induk Sambutan Hari Kebangsaan Peringkat Negeri Sabah Tahun 2017 turut memaklumka­n persiapan sambutan Hari Kebangsaan kini hampir 100 peratus siap.

“Kita telah mengadakan mesyuarat terakhir pagi tadi (Khamis) dan saya dimaklumka­n oleh jawatankua­sa pelaksana, persiapan berjalan lancar dan bersedia untuk dilaksanak­an pada 31 Ogos ini.

“Pada tahun ini, terdapat 190 kontijen mengambil bahagian dan kita anggarkan 15 hingga 20 ribu pengunjung akan menghadiri sambutan itu nanti,” ujarnya.

Turut hadir pada majlis perasmian pameran tersebut adalah Ketua Hakim Syarie Sabah Datuk Jasri Nasip Matjakir, Peguam Besar Sabah Zaleha Rose Pandin dan Pengarah Arkib Negeri Sabah Mohamad Said Hinayat.Penerangan.

“Berbeza

dengan tahuntahun sebelumnya, pada tahun ini kita memberi penghargaa­n dan pengiktarf­an kepada mereka yang telah menyumbang kepada negara dalam pelbagai bidang. DATUK SERI PANGLIMA HAJIJI HAJI NOOR Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan

 ??  ?? PEMEGANG rekod kebangsaan lempar cakera pada tahun 1989 yang bertahan selama 14 tahun, Gabriel Moinjil (kiri) menyerahka­n koleksi peribadiny­a kepada Hajiji (dua dari kiri).
PEMEGANG rekod kebangsaan lempar cakera pada tahun 1989 yang bertahan selama 14 tahun, Gabriel Moinjil (kiri) menyerahka­n koleksi peribadiny­a kepada Hajiji (dua dari kiri).
 ??  ?? HAJIJI (bertopi) meluangkan masa berswafoto dengan pelajar-pelajar sekolah yang hadir ke pameran tersebut.
HAJIJI (bertopi) meluangkan masa berswafoto dengan pelajar-pelajar sekolah yang hadir ke pameran tersebut.
 ??  ?? MANTAN presiden Pertubuhan Wanita Sabah (Pewasa) Datuk Hajah Zahra Ismail (kiri) menyerahka­n buku-buku hasil karyanya kepada Hajiji (dua dari kiri) untuk disimpan di Arkib Negeri Sabah.
MANTAN presiden Pertubuhan Wanita Sabah (Pewasa) Datuk Hajah Zahra Ismail (kiri) menyerahka­n buku-buku hasil karyanya kepada Hajiji (dua dari kiri) untuk disimpan di Arkib Negeri Sabah.
 ??  ?? DATUK James Wong (kiri, depan) menyampaik­an koleksi artikel muka depan akhbar The Star (1980) berkenaan kejayaanny­a membantu pasukan negara mengalahka­n Korea Selatan untuk layak ke Sukan Olimpik di Moscow, Rusia kepada Hajiji (kanan, depan).
DATUK James Wong (kiri, depan) menyampaik­an koleksi artikel muka depan akhbar The Star (1980) berkenaan kejayaanny­a membantu pasukan negara mengalahka­n Korea Selatan untuk layak ke Sukan Olimpik di Moscow, Rusia kepada Hajiji (kanan, depan).
 ??  ?? HAJIJI (bertopi) meninjau pameran selepas majlis perasmian pada Khamis.
HAJIJI (bertopi) meninjau pameran selepas majlis perasmian pada Khamis.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia