Utusan Borneo (Sabah)

K’jaan sedia RM7.1 juta

Bagi membiayai dan mengembang­kan aktiviti perniagaan

-

Oleh JOHAN AZIZ NABAWAN: Kerajaan memperuntu­kkan RM7.1juta kepada Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) Cawangan Nabawan tahun ini untuk memberi pembiayaan kepada ahli berkelayak­an bagi mengembang­kan aktiviti perniagaan mereka.

Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Joseph Kurup berkata daripada jumlah itu, sebanyak RM3.2 juta pembiayaan dikeluarka­n kepada mereka.

Katanya, daripada jumlah tersebut sebanyak 90 peratus modal pembiayaan digunakan untuk kegiatan pertanian.

“Saya melihat banyak tanah yang sebelum ini dipenuhi tumbuhan liar kini dibuka dan ditanam dengan kelapa sawit dan tanaman yang memberi pendapatan kepada masyarakat Nabawan. Ini petanda positif di mana modal diberikan AIM digunakan dengan cara betul.

“Saya sangat gembira melihat perkembang­an ini. Tidak lupa juga pertumbuha­n kedai-kedai runcit, kedai makan, bengkel kereta dan motosikal, kedai tayar yang dipunyai oleh usahawan AIM telah membuktika­n bahawa usahawan tempatan mampu bersaing dengan orang luar,” katanya ketika merasmikan Majlis Penyampaia­n Anugerah Kakitangan dan Sahabat Amanah Ikhtiar Malaysia Cawangan Nabawan di sini pada Khamis.

Pada majlis itu, seramai 10 kakitangan AIM dan 60 Sahabat AIM Cawangan Nabawan menerima anugerah pertama kalinya diadakan bagi menghargai pencapaian mereka.

Kurup yang juga Ahli Parlimen Pensiangan menyeru seluruh sahabat AIM supaya meningkatk­anlagiusah­adengan lebih gigih khususnya dalam menjalanka­n projek perniagaan selain berani mengambil peluang berbentuk pembiayaan modal yang disediakan AIM.

Hadir sama Ketua Pegawai Operasi AIM Zon Pantai Barat, Hajah Noraizan Badul Ghaffar, Pengurus AIM Cawangan Nabawan, Mohd Shah Farezza Mazlan, Timbalan Presiden Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Arthur Joseph Kurup dan Pengerusi Kelab Usahawan dan Sahabat AIM Cawangan Nabawan, Tinny Saloh.

Saya melihat banyak tanah yang sebelum ini dipenuhi tumbuhan liar kini dibuka dan ditanam dengan kelapa sawit dan tanaman yang memberi pendapatan. TAN SRI JOSEPH KURUP Menteri Di Jabatan Perdana Menteri

 ??  ?? KURUP menyampaik­an replika cek bernilai RM20,000 kepada Kelab Usahawan Sahabat AIM untuk mengadakan aktiviti sepanjang tahun ini. Turut kelihatan Malinda (tiga kiri), Noraizan (dua kanan), Arthur (kanan) dan Mohd Shah Farezza (tiga kanan).
KURUP menyampaik­an replika cek bernilai RM20,000 kepada Kelab Usahawan Sahabat AIM untuk mengadakan aktiviti sepanjang tahun ini. Turut kelihatan Malinda (tiga kiri), Noraizan (dua kanan), Arthur (kanan) dan Mohd Shah Farezza (tiga kanan).
 ??  ?? SEORANG pemenang utama cabutan bertuah menerima hadiah berupa sebuah motosikal yang disampaika­n oleh Kurup.
SEORANG pemenang utama cabutan bertuah menerima hadiah berupa sebuah motosikal yang disampaika­n oleh Kurup.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia