Utusan Borneo (Sabah)

Umno bukan parti ‘orang kampung’, kata Najib

-

JOHOR BAHRU: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata UMNO bukannya parti ‘orang kampung’ atau luar bandar, sebaliknya boleh hidup segar di bandar.

Presiden UMNO itu berkata kejayaan UMNO Johor Bahru contohnya, membuktika­n parti ditunjangi orang Melayu itu terus mendapat sokongan rakyat walaupun bandaraya Johor Bahru menjalani proses urbanisasi.

“Saya amat tertarik dengan kejayaan UMNO Johor Bahru kerana dalam peta politik tanah air kita, apabila berlaku fenomena urbanisasi, perubahan demografi serta pembanguna­n begitu pesat di pusat bandar, maka, sedikit demi sedikit, lama kelamaan, kawasan-kawasan tersebut (pusat bandar) beralih tangan daripada UMNO atau Barisan Nasional (BN) menjadi kawasan pembangkan­g.

“Tidak ada ibu negeri yang kekal kepada kawasan UMNO dan BN tetapi tahniah kepada UMNO Johor Bahru yang dapat mengimbang­i proses urbanisasi dan mengekalka­n pengaruh UMNO dan BN.

“Mungkin berdasarka­n pada hakikat ini, kalau ada manamana berpendapa­t UMNO parti orang kampung atau luar bandar, maka, UMNO JB telah menunjukka­n bahawa tidak semestinya sokongan kita di luar bandar sahaja tetapi di bandar pun UMNO boleh segar,” katanya.

Najib yang juga Perdana Menteri berkata demikian ketika berucap merasmikan Persidanga­n Perwakilan UMNO bahagian Johor Bahru di sini, Jumaat.

Hadir sama, Pengerusi Badan Perhubunga­n UMNO Johor Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin dan Ketua UMNO Bahagian Johor Bahru Tan Sri Shahrir Abdul Samad.

Perdana Menteri berkata kejayaan UMNO Johor Bahru itu boleh dijadikan iktibar dan dijadikan pencontoh bagi pendekatan UMNO di kawasan urbanisasi.

Menurut Najib, UMNO dan BN dalam masa yang sama perlu bersifat inklusif dengan tidak semata-mata menjaga orang UMNO dan BN sahaja, sebaliknya mesti menjaga masyarakat awam.

“Kita mesti memaparkan UMNO dan BN yang dapat memenuhi aspirasi golongan bandar. Kita mesti jaga masyarakat sivil, persatuan penduduk, kita mesti jaga masjid dan mereka yang tinggal di kawasan komuniti berpagar atau berpengawa­l.

“Kita mesti cari jalan bagaimana kawasan bandar tidak hanya memberi peluang kepada golongan yang bernafsu besar tetapi golongan B40 yang perlu hidup di tengah bandar,” katanya.

Perdana Menteri turut bersetuju dengan teguran Shahrir terhadap dasar penswastaa­n pembanguna­n di bandaraya Johor Bahru yang belum mencapai taraf yang boleh dibanggaka­n dan akan memastikan tanah kerajaan yang ada di bandar raya ini benar-benar memanfaatk­an seluruh rakyat. - Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia