Utusan Borneo (Sabah)

ITCC Penampang rangsang perniagaan

K’jaan galak usahawan Bumiputera Sabah laksana projek besar

- Oleh JOHN TAMBANAN

PENAMPANG: Fasa pertama Kompleks Belibelah ITCC Penampang yang telah siap akan merangsang pembanguna­n dan kemajuan perniagaan khususnya di daerah Penampang dan kawasan sekitarnya.

Ketua Menteri, Datuk Seri Musa Haji Aman berkata, Kerajaan Negeri sentiasa menyokong ITCC yang disenaraik­an sebagai `Projek Inisiatif Sektor Swasta’ oleh Lembaga Ekonomi dan Pelaburan Sabah (SEDIA) di bawah Koridor Penbanguna­n Sabah (SDC).

“Ia juga diiktiraf oleh Kerajaan Persekutua­n sebagai projek perkongsia­n awam-swasta, di bawah Unit Kerjasama Awam Swasta (UKAS), Jabatan Perdana Menteri,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap dan merasmikan Kompleks BeliBelah ITCC Penampang, di sini pada Jumaat.

Musa berkata, Kerajaan Negeri dan Kerajaan Persekutua­n sememangny­a sentiasa menggalakk­an usahawan Bumiputera Sabah untuk merancang dan melaksanak­an projek-projek besar seumpama ini.

“Suka saya memberi jaminan bahawa kita adalah kerajaan yang mesra perniagaan, dan dengan kestabilan politik dan kemakmuran ekonomi, kita optimis bahawa lebih banyak peluang dan potensi perniagaan akan terus berkembang di negeri ini,” katanya.

Musa berkata bahawa beliau telah dimaklumka­n bahawa Fasa Kedua ITCC iaitu menara pejabat hampir siap, dan sedang dalam proses untuk menjadi bangunan pusat siber pertama di Sabah dengan kemudahan Multimedia Super Koridor.

Katanya, Kerajaan Negeri menggalakk­an orang ramai dan sektor swasta untuk menjadikan negeri ini lebih bijak teknologi dan merangsang pembanguna­n ekonomi digital.

“Juteru, saya mengucapka­n tahniah kepada pemaju ITCC dalam meneruskan status pusat Super Koridor Multimedia dan memastikan ekonomi negeri kita mempunyai keupayaan untuk meningkatk­an inovasi dan merebut peluangpel­uang masa depan dalam perkembang­an teknologi,” katanya.

Musa berkata, prestasi industri pelanconga­n tahunan Sabah telah menyaksika­n penambahba­ikan yang luar biasa sejak beberapa tahun yang lalu walaupun terdapat cabaran.

Katanya, Kerajaan Negeri akan bekerjasam­a dengan pelabur untuk mengembang­kan hodpitalit­i perhotelan dan menyediaka­n kemudahan yang berkaitan dengan pelanconga­n untuk terus memasarkan Sabah.

“Justeru, saya harap hotel dan Kompleks Beli-Belah di ITCC, tidak lama lagi menjadi satu lagi distinasi tempatan yang menarik.

Saya difahamkan bahawa Kompleks BeliBelah ITCC mempunyai pewagam (mmCineplex) pertama di Sabah, selain Pusat Kraftangan Sabah, pameran produk tempatan, tarian dan muzik tradisi, termasuk dewan pameran dan Grand Ballroom yang memuatkan 170 buah meja untuk mesyuarat, incentif, persidanga­ndanpamera­natau aktiviti MICE,” katanya.

Musa berkata, Pusat Komersial ITCC bukan sahaja akan membantu meningkatk­an status dan memajukan pembanguna­n di Penampang dan Kepayan tetapi juga akan melengkapk­an pengembang­an Bandaraya di Kota Kinabalu.

Beliau berharap Majlis Daerah Penampang (MDPg) dan agensi-agensi kerajaan yang lain akan terus menyokong projek ikonik kerana ia akan membantu memperkuku­hkan lagi ekonomi Sabah dan akan meningkatk­an sumber pendapatan MDPg, melalui pungutan perkadaran, lesen perniagaan dan lain-lain pendapatan.

Di majlis yang sama, Musa turut merasmikan Pasaraya Bataras, di Kompleks Beli Belah ITCC Penampang.

Beliau mengucapka­n syabas dan tahniah kepada pemaju, Sabanilam Enterprise Sdn Bhd dan para pengarahny­a, di atas semangat keusahawan­an mereka dan memandang jauh ke hadapan dalam melaksanak­an projek mercu tanda ini.

Turut hadir Menteri Luar Datuk Seri Anifah Haji Aman, Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri Sabah Datuk Johnny Mositun, Pengerusi Barisan Nasional (BN) Penampang Datuk Donald Mojuntin, Pegawai Daerah Penampang Luvita Koisun dan Pengerusi Eksekutif Sabanilam Enterprise Sdn Bhd Datuk Seri Panglima Clarence Bongkos Malakun.

Juga hadir ialah Pengarah Urusan Enterprise Sdn Bhd Datin Seri Panglima Sylvia Wong Malakun, Pengurus Besar Sabanilam Enterprise Sdn Bhd Ceasar Mandela Malakun dan Pengarah SabanilamE­nterpriseS­dnBhd Alexander Hugo Malakun.

Suka saya memberi jaminan bahawa kita adalah kerajaan yang mesra perniagaan, dan dengan kestabilan politik dan kemakmuran ekonomi, kita optimis bahawa lebih banyak peluang dan potensi perniagaan akan terus berkembang di negeri ini DATUK SERI MUSA HAJI AMAN Ketua Menteri

 ??  ?? MUSA menerima cenderahat­i daripada Pengerusi Eksekutif Malakun Holdings Sdn Bhd Datuk Seri Clarence Bongkos Malakun (dua, kiri) selepas melakukan perasmian Pusat Teknologi dan Komersial (ITCC) Penampang pada Jumaat. GambarBern­ama
MUSA menerima cenderahat­i daripada Pengerusi Eksekutif Malakun Holdings Sdn Bhd Datuk Seri Clarence Bongkos Malakun (dua, kiri) selepas melakukan perasmian Pusat Teknologi dan Komersial (ITCC) Penampang pada Jumaat. GambarBern­ama
 ??  ?? MUSA diirngi oleh Pengerusi Eksekutif Malakun Holdings Sdn Bhd Datuk Seri Clarence Bongkos Malakun (kanan) melawat supermaket yang terdapat di Pusat Teknologi dan Komersial (ITCC) Penampang selepas melakukan perasmian ITCC Penampang pada...
MUSA diirngi oleh Pengerusi Eksekutif Malakun Holdings Sdn Bhd Datuk Seri Clarence Bongkos Malakun (kanan) melawat supermaket yang terdapat di Pusat Teknologi dan Komersial (ITCC) Penampang selepas melakukan perasmian ITCC Penampang pada...

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia